Hanya Ada 48 GT, GTC, 1 Bakal Masuk M'sia?

Bentley telah mengeluarkan edisi terhad Continental GT Coupés dan Continental GTC’s sempena kemenangan perlumbaan ikonik 24 Hours of Le Mans.
Sekadar info sekitar tahun 2003, Bentley melakar sejarah apabila mereka menyertai perlumbaan itu bersama jentera Speed 8 yang dikuasakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar.


Jadi, bagi meraikan kemenangan 20 tahun lalu, Bentley memperkenalkan koleksi Bentley Continental Le Mans, yang cuma menampilkan 48 Continental GT istimewa.
Ia didatangkan dengan pakej grafik bertemakan perlumbaan dan apa yang cukup menarik jentera itu didatangkan dalam warna hijau Verdant Bersama jalur lumba Moonbeam.

Kereta berwarna hijau itu dilihat agak berbeza kerana terdapat jalur berwarna putih dari bumbung hingga ke bonet.
Difahamkan kesemua, 48 model ini akan dicat dengan nombor perlumbaan #7 pada gril hadapannya dimana ia adalah nombor yang sama dipakai oleh kereta perlumbaan Speed 8 yang memenangi perlumbaan pada tahun 2003.
Selain itu, model istimewa ini juga didatangkan secara standard dengan spesifikasi garis hitam dan penggayaan Bentley, yang menampilkan trim gentian hitam dan karbon di sekeliling kereta.


Ia juga dipadankan dengan rim roda bersaiz 22 inci berwarna hitam manakala brek pula menggunakan jenis karbon seramik.
Selain itu, terdapat juga kaliper berwarna merah bagi menonjolkan lagi kesan warna merah itu.
Apa yang cukup mengagumkan ialah kesemua 48 model Le Mans Collection dilengkapi dengan bahagian sebenar dari kereta yang pernah memenangi Le Mans pada tahun 2003.


Antara bahagian tersebut ialah 24 injap enjin yang diambil daripada kereta lumba Speed 8, di mana ia telah dibahagikan kepada dua supaya setiap kereta mendapat satu.
Bahagian enjin ini memaparkan nombor pengeluaran khusus bagi model Bentley Continental Le Mans Collection.
Selain itu, terdapat juga jam analog tradisional Bentley yang ditukar daripada format 12 jam kepada 24 jam bagi menandakan perlumbaan 24 Hours of Le Mans.


Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi plat dengan 6 lambang kemenangan pasukan Bentley sepanjang perlumbaan dalam 24 Hours of Le Mans.
Mengenai daya prestasinya, ia disumbat dengan enjin 6.0 liter W12 TSI yang mampu menghasilkan kuasa 650 hp dan tork 900 Nm.
Untuk itu, ia mampu memecut 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.6 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 335 km/j.

Buat masa ini, pembuat kereta Britain itu masih belum mendedahkan harganya tetapi menjangkakan ia jauh lebih tinggi daripada model Conti standard.

Lebih mengejutkan Bentley Kuala Lumpur bakal membawa sebiji model Continental Le Mans Collection ke Malaysia pada akhir tahun ini.
Teruskan Bersama CariCarz.com untuk mengetahui berita lanjut mengenai model Le Mans yang akan datang ke Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bentley Flying Spur Hybrid, Boleh Guna RON95, Harga Bermula RM945K
Bentley Kuala Lumpur hari ini menayangkan Bentley Flying Spur Hybrid dalam satu majlis berprestij di ibu negara, pagi tadi.
19-10-2022
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
