- Berita
- Kereta Baru
- Lotus Eletre Selamat Mendarat Di M'sia, Katanya SUV Tapi Nampak Macam Kereta Sports! Pandai Betul Design..
Lotus Eletre Selamat Mendarat Di M'sia, Katanya SUV Tapi Nampak Macam Kereta Sports! Pandai Betul Design..
Suhana Veru
13-4-2023
Pemegang francais tunggal kenderaan Lotus, Lotus Cars Malaysia secara rasminya melancarkan Hyper-SUV elektrik sepenuhnya, Eletre di Malaysia.
Ia didatangkan dengan tiga varian eletrik iaitu Lotus Eletre, Eletre S dan Eletre R.
Harga seperti berikut:
• Lotus Eletre – Bermula dari RM578,000
• Lotus Eletre S – Bermula dari RM648,000
• Lotus Eletre R – Bermula dari RM798,000
Pengarah Urusan Lotus Cars Malaysia, Tengku Ezan Ley berkata, Eletre mereupakan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi yang cukup progresif dan eksotik.
“Gabungan reka bentuk yang cukup menawan selain prestasi dinamik yang luar biasa membuatkannya ia menjadi jentera yang lebih praktikal berbanding kereta sports lain,” katanya.
Buat masa ini pihaknya telah menerima 140 tempahan SUV Eletre namun hanya 200 unit yang tersedia sepanjang tahun ini.
Sementara itu, Pengarah Serantau, Asia Pasifik dan Asia Barat Lotus Cars, Daniel Balmer berkata, pelancaran Eletre ini merupakan detik bersejarah dalam Lotus Cars.
Eletre ialah sebuah kereta baharu yang berani dan revolusionari. Ia menjadi bukti komitmen kami dalam membawa jenama ini ke segmen automotif di peringkat global.
“Kami cukup yakin para pelanggan akan teruja dengan kereta berprestasi tinggi ini,” ujarnya.
Untuk makluman anda, Eletre dibina di atas platform yang sangat versatile iailtu 800v Electric Premium Architecture (EPA) dengan sistem agihan kuasa bersepadu dan bervoltan tinggi.
Platform ini menggunakan aluminium dan besi regangan tinggi untuk mengukuhkan lagi kerangka badannya.
PRESTASI:
Lotus Eletre hadir dalam dua pilihan trenkuasa dimana dua motor elektrik disumbat di bahagian roda hadapan dan juga belakang semata-mata untuk menawarkan keupayaan pacuan semua roda.
Eletre dan Eletre S dikuasakan oleh sistem kelajuan tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 603hp dan tork 710Nm.
Menyebut mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.5 saat manakala pecutan 80-120 km/j pula, lebih kurang2.2 saat.
Kedua-dua varian Eletre dan Eletre S ini dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 258km/j dan jarak pemanduan berdasarkan kitaran WLTP sejauh 600 kilometer.
ELETRE R
Bagi varian tertinggi, Eletre R pula ia hadir dengan sistem dua kelajuan yang menawarkan kaasa yang cukup mengagumkan!
Agak-agak berapa tu?
Percaya atau tidak, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 905hp dan tork 985Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 2.95 saat dan pecutan dari 80-100km/j pula sekitar 1.9 saat dalam kelajuan maksimum 258km/j.
Ini bermakna, ia merupakan SUV elektrik dua motor paling pantas di DUNIA.
Jarak pemanduan WLTP untuk Eletre R adalah sejauh 490km.
Apapun, ketiga-tiga varian ini menggunakan bateri berkapasiti 112kWj dan pengecas 350kW membolehkan pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus hanya dalam masa 20 minit.
Ia juga hadir dengan keupayaan pengecasan AC22kW sebagai ciri standard.
Malah, oek bateri dengan tenaga berkepadatan tinggi menawarkan keseimbangan terbaik dari segi prestasi dan jarak pemanduan.
Sistem pemanduan tiga dalam satu juga sebenarnya menyatukan setiap motor dengan satu unit kawalan dan reducer.
Ini merupakan satu reka bentuk yang cukup efisien yang membuatkan unit berkenaan lebih kecil dan ringan sekali gus menjadi penyelesaian yang sangat tipikal buat Lotus.
PEMANDUAN DINAMIK
Menjengah reka bentuknya, gril hadapannya hadir dengan corak berkelopak segi tiga yang saling bersambungan.
Melihat kepada spoiler bumbungnya, ia diperbuat daripada gentian karbon yang kelihatan seperti winglet kereta lumba dimana ia menyalurkan aliran udara ke bahagian cermin dan spoiler berlakang.
Ia mempunyai tiga sudut pengaktifan sendiri namun bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih.
Varian Eletre S dan Eletre R ditambah dengan spoiler dimana ia diaktifkan secara automatik ke tahap dua berbeza pada kelajuan tinggi.
Lotus Eletre dilengkapi lima mod pemanduan dimana pemanduannya boleh mengubah suai maklum balas stereng, ada tetapan peredam, rangkaian kuasa dan pedal pecutan.
Mod yang dimaksudkan ialah Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual.
Sementara itu, Eletre R menerima mod tambahan iaitu Track, yang dibangunkan dengan ujian ekstensif di litar Nurburgring.
Ia memberikan tetapan yang rendah dan semuanya berdasarkan prestasi.
Mod Track juga mempunyai satu gril aktif yang boleh dibuka sepenuhnya dan kawalan pelancaran dengan akses pantas kepada kuasa sebenar kereta.
LUARAN:
Dari segi gayaan, pasukan reka bentuk Lotus telah menghasilkan satu susun atur kabin yang lebih ke depan bersama jarak roda panjang serta overhang pendek pada bahagian hadapan dan juga belakang.
Secara keseluruhannya, jentera ini lebih ringan dan ia nampak seperti kereta sports dan bukannya SUV.
Rekaan yang luar biasa.
Elemen signatur reka bentuk Eletre ialah rekaan liang dimana angon boleh masuk daribawah, atas dan sekelilingnya.
Terdapat juga dua corong, pada bahagian hadapan/belakang arca roda hadapan, roda belakang dan di atas tiang D.
Semua ini mengurangkan halangan udara sekali gus memberi lebih kecekapan dari segi jarak, kelajuan dan prestasi.
Corong dan salurannya juga membantu kepada penampilan Eletre yang berotot. Bahagian sisi maskularnya, cermin utama yang condong bersama dua garis bumbung menyempurnakan lagi penampilan SUV ini.
Bahagian hadapannya juga agak garang sekali gus menonjolkan gayaan seperti model Emira dan Evija.
Melihat bahagian belakangnya, ia hadir dengan rekaan D terpaung yang unik dan diukir dengan perkataan Eletre.
Difahamkan jalur lampu LEDnya boleh dinyalakan dalam empat warna . Ia bukan sahaja menunjukkan status pengecasan bateri tetapi memberika corak lampu apabila kereta dibuka.
Antara kelengkapan lain ialah lampu yatam Matrix LED dengan lampu tinggi, lampu nyalaan siang LED, lampu sisi LED, lampu kabus LED, lampu mengundur LED, lampu welcome home,, pintu belakang bebas tangan.
Sementara itu, varian Eletre S dan R ditambah dengan ciri cermin isi auto malap, kaca privasi belakang dengan pintu ciri tutupan.
Eletre R juga menerima Carbon Pack.
Bagi bahagian roda pula, Eletre dipasang dengan tayar Pirelli P-Zero bersama rim aloi 20 inci berwarna perak, Eletre S pyla didatangkan dengan rim aloi 22 inci manakala R pula mengggunakan rim aloi 23 incir.
Apapun, pelanggan boleh memilik sendiri rim dengan lima rekaan yang berbeza.
KABIN:
Menjengah bahagian dalamannya, ia menggunakan material ultra premium bagi memberikan pengalaman luar biasa kepada pelangganya.
Ia juga menggunakan alternatif canggih dan mesra alam berbanding kulit. Katanya material yang menghiasi kabinnya tidak bau dan tahan lebih lama daripada kulit.
Ketiga-tiga varian ini juga didatangkan konfigurasi lima tepat duduk dengan kapasiti but688 liter namun ruangnya boleh dibesarkan jika kerusinya direbahkan ke bawah.
Malah konfigurasi empat tempat duduk juga boleh didapati sebagai pilihan Executive Seat Pack.
Semua varian hadir dengan cermin pandang belakang tanpa bingkai auto malap, kolum stereng boleh laras secara elektrik dan terdapat juga stereng multi fungsi dengan ciri pemanas.
Menyentuh mengenai infotainmennya pula, ia dikuasaan Sistem Operasi Baharu, Lotus Hyper OS dengan kuasa pemprosesan termaju daripada unit Qualcomm 8155 System-On-Chips.
Kandungan 3D pada masa sebenar generasi seterusnya dan pengalaman mampu dicipta menggunakan teknologi ‘Unreal Engine’ daripada industri permainan video.
Bukan itu sahaja, Eletre hadir dengan keserasian 5G secara standard yang menawarkan ketersambungan berterusan melalui satu aplikasi telefon pintar, kemas kini over-the-air (OTA) dan pembelian ciri berkaitan perisian. Pelanggan juga boleh mengunci dan membuka kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar.
Sistem infohibur Eletre boleh diakses melalui paparan terapung OLED HD sepenuhnya bersaiz 15.1 inci yang akan dilipat apabila tidak digunakan. Paparan OLED dengan satu billion warna ultra nipis daripada ECARX menawarkan paparan boleh ubah sepenuhnya melalui satu Driver Information Module (DIM) yang boleh sentiasa ditambah baik sepanjang hayat kereta menerusi kemas kini OTA.
Terdapat juga satu jalur di bahagian bawah panel instrument TFT bersaiz 8 inci yang ada di seluruh bahagian kabin.
Lebih menarik, cahaya akan bertukar warna untuk berkomunikasi dengan penumpang, sebagai contoh apabila menerima panggilan, suhu kabin berubah atau menunjukkan satus pengecasan bateri.
Semua elemen Eletre boleh dikawal secara digital dengan 95 peratus fungsinya dapat dicapai dalam tiga sentuhan pada skrin utama. Kawalan suara melalui teknologi pengecaman percakapan termaju juga ada disediakan.
Lotus turut bekerjasama dengan HERE Technologies untuk menawarkan perkhidmatan navigasi bersepadu kepada Eletre. Perkhidmatan itu termasuklah EV Routing, EV Range Assistant dan Predictive Routing yang boleh dikemas kini melalui OTA.
Dari segi sistem audio, Eletre dan Eletre R hadir standard dengan tetapan KEF Premium 15 unit pembesar suara berkuasa 1,380-watt bersama Uni-QTM dan teknologi bunyi keliling yang menawarkan pengalaman bunyi yang hiper realistik.
Bagi memberi pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, Eletre R turut menawarkan pilihan kepada pemandu untuk menukar kepada bunyi sport motor.
Varian Eletre S pula dilengkapi sistem KEF Reference dengan 23 unit pembesar suara berkuasa 2,160- watt bersama Uni-Q, Uni-Core dan teknologi bunyi keliling. Ia menawarkan prestasi tahap tinggi yang membolehkan volum subwoofer atau pembesar suara dikurangkan dengan signifikan.
CIRI KESELAMATAN:
Lotus Eletre dilengkapi sistem keselamatan:Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) pintar komprehensif yang direka untuk masa depan. Jadi, ciri-ciri baharu boleh dimuat turun menerusi OTA.
Semua varian hadir dengan ciri Adaptive Cruise Control (ACC), satu sistem pemantauan pemandu, Rear Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Front Cross Traffic Alert (FCTA), Lane Keep Assist dengan Lane Departure Warning / Prevention (LKA+), Blind Spot Detection, Traffic Sign Information (TSI), Front dan Rear Park Assist, Visual Park Assist serta Lotus Intelligent Dynamic Chassis Control.
Eletre juga dilengkapi sistem LIDAR yang boleh diubah suai pertama di dunia bagi menyokong keseluruhan teknologi pemanduan autonomi dan boleh menerima pembangunan seterusnya.
Perkara ini boleh dicapai kerana perkakasan itu sudahpun disepadukan. Keupayaan seterusnya boleh ditambah menerusi kemas kini perisian menerusi OTA apabila ia dibenarkan oleh garis panduan pasaran tempatan.
Lotus Eletre hadir jaminan pengilang selama lima tahun / 150,000km, manakala jaminan bateri adalah selama lapan tahun / 200,000km.
Semua pelanggan Eletre berpeluang untuk mengubah suai dan personalisasi kereta menerusi pek-pek pilihan. Antara pilihan yang ada sewaktu pelancaran termasuklah Lotus Dynamic Handling Pack, Ceramic Brake Pack, Executive Seat Pack, Comfort Seat Pack, Carbon Fibre Pack, Extended Carbon Fibre Pack dan Interior Carbon Fibre Pack.
Kebanyakan pilihan daripada pek-pek berkenaan juga boleh didapati secara berasingan. Dua pek Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) juga ditawarkan – Parking Pack dan Highway Assist Pack.
Bagi yang berminat, warna luaran standard untuk Eletre dan Eletre S ialah Kaimu Grey. Eletre R pula didatangkan dengan warna Solar Yellow.
Selain itu , terdapat enam pilihan warna iaitu, Natron Red, Gallowey Green, Stellar Black,Kaimu Grey , Blossom Grey dan Solar Yellow.
Untu keterangan lanjut layari laman sesawang www.lotuscars.com
Gallery

















Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VNW6851
SELANGOR
BSD5276
JOHOR
JXU3267
PULAU PINANG
PRP2309
PERAK
ANU5312
PAHANG
CFB3953
KEDAH
KFY8785
NEGERI SEMBILAN
NEF3439
KOTA KINABALU
SJK2007
KUCHING
QAB580L
Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.28
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.03
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.23
-0.03
Terakhir Kemas Kini 20 Mar, 2025
Berita Berkaitan
Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.
20-07-2024
Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.
20-07-2024
Ini Senarai 6 EV Terbaik Dilancarkan Di Malaysia Pada Tahun 2023 – Anda Setuju?
Banyak EV telah dilancarkan pada tahun 2023, namun ini yang mencuri hati kami...
02-01-2024
Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas
Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.
30-11-2023
Kereta Sedap, Maka Harga Naik Tapi Ada Sebabnya
Lotus Cars Malaysia mengumumkan pihaknya baru sahaja mengemaskini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan Emira.
18-09-2023
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Gentari, Lotus Cars Malaysia Bekerjasama Untuk Terokai Infrastruktur Mobiliti Hijau
Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM) di ibu negara, pagi tadi.
13-04-2023
Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Selepas Smart?
Tengku Zafrul dan juga smart Malaysia telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya salah satu daripada produk yang diuji akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia secara rasmi.
04-04-2023
Berita Terkini
Trak Pikap JAC T9 Diesel, BEV Dilancar, Harga Marhaen
JAC T9 diesel dan BEV dilancarkan, sebentar tadi.
06-03-2025
MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888
Bermaz Xpeng Sdn Bhd secara rasmi melancarkan XPeng X9. MPV elektrik pintar tujuh tempat duduk kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula daripada RM269,888.
05-03-2025
Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka
VCM secara rasmi membuka ROI untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90.
03-03-2025
Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.
28-02-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta
Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.
25-02-2025
Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Denza D9 didatangkan dalam dua varian.
20-02-2025
Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April
Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.
18-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat