Proton X90 Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Masih Kekal Misteri

Selepas pratonton dengan media, SUV tiga barisan tempat duduk, Proton X90 akhirnya sudah boleh ditempah bermula 8 April lalu.
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu akan didatangkan dalam empat varian iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium).
Proton X90 ini disumbat dengan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Ia dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setinggi 187hp dan tork 300Nm.

Proton berkata, dengan adanya teknologi baharu mild-hybrid, ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.
Varian Standard:
Bermula dengan varian X90 Standard, ia didatangkan dengan lampu depan LED penuh serta set roda 18 inci sebagai standard.

Bahagian dalaman pula, kesemua tujuh tempat duduknya menerima kusyen upholsteri fabrik, sistem multimedia bersaiz 12.3 inci dan juga kamera undur belakang.
Bagaimanapun, pilihan cat adalah terhad kepada warna monokromatik seperti Snow White, Armor Silver dan Jet Grey.

Varian Executive:
Bagi varian Executive pula, ia didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti Sistem Pemantau Tekanan Tayar, kusyen penumpang depan berkuasa elektrik dengan sistem pengudaraan dan kamera 360 darjah.
Untuk pilihan warna, Executive datang dengan dua pilihan warna tambahan - Cinnamon Brown dan Red Ruby.

Bagi varian Premium pertengahan pula, X90 dilengkapi dengan Sistem Bantuan Termaju (ADAS), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Informasi Tanda Trafik yang boleh membaca tanda-tanda trafik di jalan raya dan Sistem Bantuan Park Auto.
Bahagian luaran, ia hadir dengan rim aloi bersaiz 19 inci, manakala bahagian dalamannya kelihatan eksklusif kerana kesemua tempat duduknya dihiasi dengan material Nappa.

Peralatan kabin lain termasuk pengecas tanpa wayar dan tempat duduk berkuasa untuk kedua-dua tempat duduk hadapan.
Model Premium ini juga didatangkan dengan warna khas iaitu Marine Blue.
X90 Flagship
Bagi varian tertinggi pula, X90 Flagship didatangkan dengan kesemua ciri tambahan yang ada termasuklah beberapa ciri tambahan khas seperti Bumbung Panaromik, Boss Switch yang akan menolak kusyen penumpang ke depan, dan juga kusyen kedua yang disusun dalam konfigurasi Kerusi Kapten.
Jika anda berminat untuk membuat tempahan, anda sudah boleh berbuat demikian walaupun X90 masih belum dilancarkan secara rasmi.

Anda boleh membuat tempahan di mana-mana pusat jualan Proton sah berdekatan dengan anda.
Jika anda masih berteka-teki sama ada mahu
membeli atau tidak, Proton sebenarnya ada mengadakan sesi pratonton kepada
umum.
Maklumat seperti dibawah:
- Selangor/KL/ Pulau Pinang - 8-9April 2023
- Johor, Pahang – 15 -16 April 2023
- Sabah, Sarawak – 29 – 30 April 2023
Apapun, tarikh pelancaran dan harga Proton X90 akan diumumkan kelak.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.
15-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?
Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.
28-11-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors
Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.
23-08-2024
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
