Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008, Peugeot 2008 Special Edition (SE), yang dapat menyerlahkan personaliti ‘garang’ model ini.


Pakej SE datang dengan grafik unik yang dilekatkan pada bonet dan kedua-dua sisi kereta, dalam warna hitam dan merah.



Bagi menyempurnakan gaya agresif ini, aerokit turut dipasangkan pada bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi dalam kemasan hitam kusam (matte). Pada bahagian tayar pula, terdapat rim bersaiz 17 inci dengan jejari dalam reka bentuk baharu berwarna hitam piano yang berkilat.

Selain ciri sporty ini, tiada sebarang perubahan dari segi prestasi atau mekanikal. Ini bukanlah berita buruk memandangkan model ini telah pun menggunakan enjin yang cukup baik, enjin turbo 3-silinder PureTech 1.2L dengan output 128 hp/230 Nm.
Baca: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Tertarik dengan pakej SE yang sporty untuk Peugeot 2008? Untuk mendapatkan pakej ini, hanya perlu membayar harga tambahan sebanyak RM2,900 daripada harga jualan 2008, RM134,103 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans bagi varian asas). Tempahan boleh dibuat melalui mana-mana pengedar Peugeot di seluruh negara bermula sekarang dengan serahan yang dijangka akan bermula pada penghujung April.

Pakej SE ditawarkan secara eksklusif bagi model berwarna Orange Fusion atau Pearl White. Harga yang dinyatakan adalah termasuk jaminan Peugeot Genuine Accessory Warranty berdasarkan waktu pemasangan semasa pembelian.


Apa pendapat anda mengenai pakej sporty untuk Peugeot 2008 ini? Kongsikan di ruangan komen yang disediakan di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2733
SELANGOR
BST7217
JOHOR
JE3179J
PULAU PINANG
PSF5744
PERAK
APL4862
PAHANG
CFH7429
KEDAH
KGJ1321
NEGERI SEMBILAN
NEL8542
KOTA KINABALU
SJU1383
KUCHING
QAB5687P
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat