- Berita
- Berita Auto
- Pertama Dalam Sejarah Automotif: Kad Kredit Mercedes-Benz, Pelanggan Nikmati Pelbagai Tawaran Eksklusif
Pertama Dalam Sejarah Automotif: Kad Kredit Mercedes-Benz, Pelanggan Nikmati Pelbagai Tawaran Eksklusif
-full.jpg)
Buat julung kalinya, Mercedes-Benz Financial melancarkan kad kredit logam bagi membolehkan para penggunanya menikmati pelbagai tawaran eksklusif.
Untuk itu, Mercedes-Benz menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Maybank bagi memperkenalkan kad kredit yang mengutamakan industri di seluruh negara.
Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Visa, peneraju dunia dalam pembayaran digital, akan menjadi rangkaian pembayaran eksklusif.
Pengenalan kad kredit itu adalah antara pertama kali diperkenalkan dalam sejarah automotif yang menawarkan gaya dan kemudahan bagi memenuhi urusan perbankan pengguna.

Perkhidmatan itu disediakan selepas pihak Mercedes-Benz Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Maybank.
Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, berkata pihaknya teruja untuk melancarkan produk kad kredit pertama dengan Maybank dan Visa, sekali gus melengkapkan pengalaman jenama mewah untuk pelanggan.
"Kad Mercedes-Benz direka untuk memperkayakan pengalaman pemegang kad," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Mercedes-Benz GLC300 4Matic 2023 yang diadakan di Desa Parkcity, pagi tadi.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank dan Ketua Kad, Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti, B. Ravintharan pula berkata, Maybank berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mercedes-Benz dan menjadi yang pertama dalam sejarah automotif Malaysia memperkenalkan kad istimewa logam yang menawarkan faedah eksklusif dan mewah kepada pelanggan.
"Sebagai peneraju pasaran untuk kad di Malaysia, Maybank terus menawarkan perkhidmatan yang berteraskan pelanggan dengan tawaran nilai tambah dan produk terbaik dalam kelasnya untuk pelanggan," katanya.

Kad kredit ini membolehkan pelanggan memperoleh mata apabila pembayaran dibuat untuk pembelian kereta Mercedes-Benz di mana-mana Autohaus di seluruh negara.
Pemegang kad kredit ini layak menikmati diskaun 10 peratus untuk alat ganti, aksesori dengan mengumpul 10x TreatsPoints* dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada setiap lawatan.
Selain itu, kad itu juga menawarkan diskaun sehingga 8%* bagi Program Waranti Terhad Lanjutan Mercedes-Benz yang komprehensif dan diskaun sehingga 20% untuk program penggantian kereta Mercedes-Benz, MobilityPlus.
MobilityPlus merupakan sebuah program penggantian kenderaan khusus buat para pelanggan yang memilih untuk membiayai atau menyewa dengan Mercedes-Benz Financial.

Malah, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran lain iaitu 3% pulangan tunai untuk perbelanjaan petrol (terhad pada RM50 sebulan), percuma untuk keahlian Accor Plus Explorer*, diskaun makan sehingga 40%* di tempat makan premium di Hotel Marriott Bonvoy di Malaysia, serta bayaran percuma* di 100 padang golf di seluruh dunia dan banyak lagi.
Bagi pemohon kad kredit ini, mereka juga layak menikmati pengecualian yuran tahunan selama dua tahun manakala yuran tahunan tahun berikutnya akan diketepikan dengan perbelanjaan kad terkumpul sebanyak RM80,000 setahun.
Bagaimanapun, permohonan terbuka kepada semua yang berpendapatan tahunan minimum RM100,000.
Untuk keterangan lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my/mercedescard.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...
16-08-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
