Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Akhirnya, selepas beberapa acahan dan previu disajikan, Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023. Sedan EV dengan gaya fastback ini model pertama yang diperkenalkan daripada barisan EV generasi akan datang Volkswagen (VW).


PRESTASI VOLKSWAGEN ID.7
Sedan yang dijadualkan tiba di pasaran Eropah dan China pada akhir tahun ini ditawarkan dalam dua varian – Pro dan Pro S. Kedua-duanya dipasangkan dengan motor elektrik APP550 sama di bahagian belakang yang memberi output 282 hp (210 kW)/550 Nm.
ID.7 Pro menggunakan platform matriks pemacu elektrik modular (MEB) eksklusif jenama ini, dengan bateri berkapasiti 77 kWh (82 kWh) yang memberikan jarak perjalanan sehingga 615 km. Model ini menyokong pengecas pantas DC 170 kW.



Varian tertinggi, ID.7 Pro S, dengan unit pacuan APP550 dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti lebih tinggi 86-kWh (kapasiti kasar: 91-kWh) dengan jarak perjalanan maksimum 700 km. Bateri boleh dicas menggunakan pengecas DC 200 kW, berbeza dengan varian standard yang hanya menyokong pengecas 170 kW.
REKA BENTUK VOLKSWAGEN ID.7
Dari segi rekaan, ID.7 menggunakan bahasa rekaan yang sama seperti model ID yang lain, dengan lampu hadapan berbentuk trapezoid, namun kali ini lebih halus. Pada sudut ini juga terdapat jalur lampu nyalaan siang (DRL) jenis LED yang menghubungkan kedua-dua lampu di bahagian hadapan, namun dipisahkan oleh logo VW di bahagian tengah.


Dari tepi, gaya sportynya terserlah dengan rekaan bumbung yang condong. Ciri menarik lain yang dapat dilihat dari sudut ini ialah penggunaan rim aloi dua tona bersaiz 20 inci dan pemegang pintu yang bercahaya.


Di bahagian belakang, ID.7 menggunakan lampu belakang LED penuh dengan teknologi IQ.Light, serta jalur LED yang merentasi kelebaran kereta.
Berkepanjangan 4,961 mm, lebar 1,862 mm dan jarak antara roda 2,966 mm, saiz ID.7 hampir sama dengan sedan elektrik, Mercedes-Benz EQE.
KABIN VOLKSWAGEN ID.7


Bergerak ke bahagian dalam, ID.7 diberikan sentuhan minimalisme, tetapi padat dengan kecanggihan. Model ini dilengkapkan dengan skrin infotainmen jenis terapung yang bersaiz 15 inci dengan fungsi arahan suara, sistem navigasi satelit, serta sambungan Android Auto/Apple CarPlay.


Ciri menarik lain ialah paparan-di-kepala (HUD) dengan fungsi AR serta kluster instrumen digital 12.3 inci yang memaparkan informasi speedometer dan amaran ADAS.

Tempat duduk bahagian hadapan boleh dilaraskan secara automatik kepada 14 arah, hadir dengan fungsi Climatronic yang dapat mengesan suhu dan tahap kelembapan untuk mengaktifkan fungsi pemanasan atau penyejukan mengikut keperluan.

Selain itu, tempat duduk kereta turut hadir dengan sistem urutan ergoComfort pada penyandar belakang. Sistem ergoPremium ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk urutan bahagian pelvis dan tulang belakang.

Teknologi lain yang digunakan ialah sistem kawalan iklim dengan corong udara automatik yang menyebarkan udara menggunakan “pergerakan dinamik” yang dibantu oleh sistem "motor elektronik menegak dan melintang.”

Ciri lain ialah sistem pencahayaan ambien, sistem audio Harman Kardon 14 speaker, serta pilihan tambahan, bumbung suria panoramik.
PENGELUARAN DAN PENGHANTARAN VOLKSWAGEN ID.7


Setelah penampilan perdananya di Auto Shanghai 2023, kereta elektrik Volkswagen ID.7 akan mula dikeluarkan pada separuh akhir tahun ini di kilang VW yang bertempat di Emden, Jerman.


Butiran harga ID.7 masih belum didedahkan, namun, penghantaran untuk pasaran Eropah dan China dijadualkan bermula pada akhir musim luruh tahun ini, diikuti oleh Amerika Utara dan seluruh dunia pada hujung 2024.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC1376
SELANGOR
BSQ7235
JOHOR
JYY4154
PULAU PINANG
PSC9235
PERAK
APJ1439
PAHANG
CFG7472
KEDAH
KGG4621
NEGERI SEMBILAN
NEK6231
KOTA KINABALU
SJS3596
KUCHING
QAB9708N
Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat