- Berita
- Berita Auto
- Volkswagen Malaysia Tawar Tambahan 2 Tahun Penyelenggaraan Percuma Untuk 3 Model Ini...
Volkswagen Malaysia Tawar Tambahan 2 Tahun Penyelenggaraan Percuma Untuk 3 Model Ini...
![]()
Logo Volkswagen
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah mengumumkan penambahan tempoh penyelenggaraan percuma selama dua tahun lagi bagi model-model terlaris keluaran syarikat. Tiga model yang terlibat ialah Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Tiguan Allspace Elegance.
Ketiga-tiga model terlaris VCPM kini menerima penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/75,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, selain bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Pemanjangan tempoh ini membolehkan pengguna menikmati penjimatan sehingga RM9,600.
Arteon R-Line
Arteon R-Line
Dijual pada harga RM276,990, Arteon R-Line menggunakan enjin 2.0L turbo yang dipadankan dengan transmisi DSG direct shift klac basah tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MOTION. Output maksimumnya ialah 276 hp/350 Nm dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.6 saat. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 7.4l/100km.
Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace R-Line
Dijual pada harga RM235,990, Tiguan Allspace R-Line menggunakan enjin turbo bersesaran 2.0L yang digabungkan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MOTION. Sistem ini membolehkannya mencapai output maksimum 217 hp/350 Nm. Kadar penggunaan bahan api model ini ialah 8.6L/100km.
Tiguan Allspace Elegance
Tiguan Allspace Elegance
Berharga RM188,990, Tiguan Allspace Elegance menggunakan enjin 1.4L turbo. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi DSG enam kelajuan. Output maksimumnya ialah 147 hp/250 Nm. Kadar penggunaan bahan api model ini ialah 7.7L/100km.
Untuk maklumat lanjut, layari, www.volkswagen.com.my
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
