ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Gigit Jari Tengok Harga Defender 130

Suhana Veru

Kongsi melalui


Land Rover Defender 130 akan menjadi model tahun 2024, di mana varian 130 menawarkan edisi khas, versi Outbound.

Varian standard dan edisi khas itu disumbat dengan enjin V8 dimana ia menjanjikan prestasi off-road yang agak baik buat SUV yang mempunyai tiga baris tempat duduk ini.

Kedua-dua varian digandingkan dengan enjin V8 supercharged 5.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi  493 hp  dan tork610 Nm.

Ini bermakna ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.7 saat.

Menyentuh mengenai jentera yang Nampak lasak ini, ia ditawarkan dalam konfigurasi lima tempat duduk. 

Ini bermakna jika kerusi belakang direbahkan, maka ruang butnya akan menjadi seluas 2,516 liter.

Seiring dengan tema model kembara, bahagian kabinnya dilengkapi dengan pelapik lantai getah, jaring kargo dan lashing points bagi memastikan muatan dapat diikat dengan selamat.


Bagi tempat duduknya pula, para pelanggan boleh memilih sama ada kulit Windsor penuh atau upholsteri fabrik Resist yang lebih tahan lama dimana semuanya didatangkan dalam warna Ebony.

Ia juga didatangkan dengan pelapik bumbung, Ebony Morzine, veneer Robustec dan kemasan Satin Black Powder Coat Brushed pada papan pemuka.

Bukan itu sahaja, SUV ini agak sarat dengan peralatan moden termasuk tempat duduk hadapan boleh dilaras 14 hala dengan kedua-dua fungsi pemanasan dan penyejuk.


Sementara itu, sterengnya dibalut dengan material suede, ada kawalan iklim empat zon, manakala speakernya adalah Meridian premium.

Menjengah bahagian luarannya, Defender 130 Outbound dilihat sepadan dengan tema kabin rona gelap dengan kemasan matte Shadow Atlas pada bampar dan sisipan gril hadapan, manakala liang udara sisi diberi kemasan dengan rona Anthracite.

Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan rim 20 inci berwarna Gloss Black atau rim 22 inci berwarna Shadow Atlas Matt.


Beralih kepada Defender 130 standard, model ini secara eksklusif didatangkan dalam dua warna - Santorini Black atau Carpathian Grey.

Model ini agak lemah sedikit berbanding edisi khasnya namun ia masih dilengkapi  dengan pelbagai peralatan yang sporty dan lasak. 

Ini termasuk empat ekzoz,, bumbung panoramik  dengan bumbung kontras hitam, lampu hadapan jenis Matrix LED.

Land Rover Defender 130 ini dijual pada harga dari £116,845 (RM650,618), sekali gus menjadikannya model Defender paling mahal, setakat ini. 

Bagi harga edisi Outbound, syarikat itu  masih menutup mulut.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7443

SELANGOR

BSP7362

JOHOR

JYW1769

PULAU PINANG

PSC139

PERAK

APH2624

PAHANG

CFG4257

KEDAH

KGF7037

NEGERI SEMBILAN

NEK3301

KOTA KINABALU

SJR7509

KUCHING

QAB7207N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-10-2023
Kereta Baru

Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond

Land Rover melancarkan Land Rover Defender V8 Bond Edition sempena tayangan filem baharu, No Time To Die.

29-09-2021
Berita Auto

Land Rover Defender V8 Serba Baharu

Model ini didatangkan dalam dua bentuk badan berbeza iaitu Defender 90 dan juga 110.

24-03-2021
Global

24-04-2025
Global

29-12-2022
Berita Auto

Defender 90 Edisi Terhad, Kereta Ikonik Kini Dihasilkan Dalam Saiz Mini: Hanya RM372!

Pereka kereta Land Rover telah menghasilkan Defender 90 dalam versi mini.

08-11-2021
Kereta Baru

Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond

Land Rover melancarkan Land Rover Defender V8 Bond Edition sempena tayangan filem baharu, No Time To Die.

29-09-2021
Berita Auto

Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!

All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

19-08-2021

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.