Malaysia Akan Terus Tarik Syarikat Automotif China Rancakkan Sektor Automotif Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas Zhejiang Geely Group, Eric Li (Li Shufu) antara yang menghadiri majlis pelancaran X90 di MITEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai syarikat China melabur dalam sektor automotif tempatan.
Ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Proton yang ke-40 dan pelancaran Proton X90 semalam, beliau turut memberi penekanan agar sektor automotif mengambil langkah proaktif bagi memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tindakan ini dilihat penting untuk menyokong keperluan masa depan.

Pengerusi dan pengasas Zhejiang Geely Holding (Geely), Li Shufu
"Pengasas dan Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li telah memaklumkan kepada saya tentang inisiatif segera untuk melaksanakan peralihan termasuk mempunyai kenderaan elektrik (EV) serta (kenderaan berkuasa) petroleum dan gas.
"(Ini) akan memudahkan peralihan (kepada EV) dan melihat secara pragmatik kepada perubahan itu dan pelaksanaannya," katanya ketika melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton Holdings Bhd (Proton), Proton X90 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini pada Ahad.
Anwar menyeru agar syarikat pengeluar kereta nasional itu terus mengorak langkah ke hadapan untuk kembali memperoleh kedudukan sebagai syarikat automotif terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai hab eksport.
Dalam perbincangannya dengan Li Chunrong, CEO syarikat induk Geely yang juga merupakan pemilik saham majoriti Proton, Anwar menekankan bahawa untuk mencapai matlamat tersebut, Proton-Geely perlu memberi tumpuan kepada latihan berkualiti dalam bidang yang mungkin belum diterokai oleh rakyat Malaysia.
"Geely juga telah bersedia untuk menyokong program latihan utama bagi rakyat Malaysia di Proton untuk memperkasakan kemahiran mereka dan mencapai kecemerlangan," katanya.

Proton X90 turut dilancarkan bersama dengan sambutan ulang tahun Proton ke-40
Sebagai langkah awal, pada Februari 2020, kerajaan melancarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 bagi membangunkan Malaysia sebagai pusat automotif serantau untuk kenderaan cekap tenaga (EEV), termasuk kenderaan elektrik (EV).
Melalui NAP, kerajaan telah menggariskan strategi dan inisiatif khusus untuk meningkatkan ekosistem EEV dan EV, memacu pemindahan teknologi dan membangunkan pengetahuan industri automotif tempatan agar terus berkembang dan maju.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3253
SELANGOR
BSU3147
JOHOR
JF4452J
PULAU PINANG
PSG2631
PERAK
APM1021
PAHANG
CFH9654
KEDAH
KGJ3987
NEGERI SEMBILAN
NEM2263
KOTA KINABALU
SJU4756
KUCHING
QAB7335P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge