Pesaing Ranger Raptor Dah Sampai

Mitsubishi Triton bakal memasuki fasa baharu apabila ia kini didatangkan dengan XRT Concept yang ditetapkan untuk dijadikan model asas untuk generasi seterusnya.
Maka, Mitsubishi Triton Xtreme sudah selamat mendarat di Australia baru-baru ini.
Untuk makluman, jentera ini menggunakan enjin MIVEC Turbodiesel 2.4 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 178 hp dan tork 430Nm.


Enjinnya dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik dimana kuasanya dihantar di semua empat roda (AWD).
Difahamkan, Triton Xtreme masih mampu menunda bebanan sehingga 3,100 kilogram - sama seperti varian GSR.

Beralih kepada penampilannya, trak pikap ini dipertingkatkan dari segi kosmetik bagi membezakannya ia dengan varian GSR.
Antara perubahannya adalah plat bash merah baharu dengan bar lampu LED, fender hitam dan sport bar hitam.

Triton Xtreme juga menggunakan rim aluminium bersaiz 18 inci yang disarungkan pada tayar semua rupa bumi (AT) BF Goodrich KO2 - tayar yang sama digunakan pada Ranger Raptor.


Menjengah kabinnya, Triton Xtreme kelihatan hampir sama dengan Triton GSR namun Triton Xtreme memiliki plak khas dengan nombor unit yang timbul padanya.
Dikhabarkan Mitsubishi Triton Xtreme ini adalah edisi terhad kerana terdapat dalam 500 unit.


Ia dijual pada harga AUD 71,990 (RM216,561) dan bakal menyaingi trak Toyota Hilux Rogue, Mazda BT-50 Thunder, serta Nissan Navara Pro-4X Warrior.
Penghantaran jentera ini hanya akan bermula pada suku kedua 2023.
Apapun, pelancaran Mitsubishi Triton Xtreme menandakan berakhirnya era untuk model Triton generasi terkini di Australia dan sudah bersedia untuk menembusi generasi seterusnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6
Ford telah memperluaskan barisan modelnya di Australia dengan pengenalan varian baharu yang lebih lasak untuk SUV Everest.
26-08-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Peluang Teroka Potensi Sebenar Ford Ranger & Raptor 26 Ogos & 16 Sept Ini!
Ini dia peluang untuk meneroka potensi sebenar jentera 4x4 Ford Ranger atau Ranger Raptor anda!
24-08-2023
Orang Ipoh Jangan Lepaskan Peluang Rasai Pemanduan Ford
SDAC menampilkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel sempena Siri Jelajah Ford Experience Hub.
27-06-2023
Ranger Raptor Akan Tiba Tak Lama Lagi
Ranger Raptor generasi baharu akan tersedia dalam pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel.
25-05-2023
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge