Hyundai Dah Mula Jual Ioniq 6

Selepas menonjolkan "diri" pada pameran 2023 Manila International Auto Show, Hyundai Ioniq 6 akhirnya sudah menembusi pasaran Filipina pada minggu lalu.
Untuk makluman anda, Filipina adalah negara ASEAN pertama yang menerima kereta fastback elektrik empat pintu dari Korea.
Beberapa laporan dalam talian berkata, Hyundai Motor Filipina menawarkan Ioniq 6 hanya dalam varian tunggal GLS pacuan dua roda 2WD Jarak Jauh.

Ia yang disumbat dengan motor tunggal dan pacuan roda belakang mampu menghamburkan kuasa setakat 226 hp dan tork 350 Nm .
Ioniq 6 yang dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 77.4 kWh membenarkan jarak operasi sejauh 545 kilometer untuk sekali cas penuh,
Malah, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat.
Berbekalkan bateri berkuasa 800 voltan, ia menyokong pengecasan dari 10-80 peratus hanya dalam 18 minit
Turut tersedia ialah fungsi kenderaan-untuk-muatan (V2L) kereta ini untuk membolehkannya membekalkan kuasa kepada peranti lain.


Dari segi kelengkapannya, ia menerima lampu LED penuh, rim dua tona bersaiz 20 inci, cermin sisi auto lipat, ada fungsi pemanasan dan kawalan iklim dua zon.


Tidak ketinggalan juga upholsteri kulit, paparan digital bersaiz 12.3 inci, sambungan wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Bose dan pad pengecasan wayarles.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan sistem bantuan ADAS HyundaiSmartSense.
Ia merangkumi kawalan pelayaran pintar dengan bantuan stop and go, bantuan kekal lorong, amaran elak pelanggaran hadapan, sistem parkir depan dan belakang, bantuan lampu suluh tinggi, Bantuan Mengelak Pelanggaran Trafik Lintasan Belakang dan banyak lagi.
Menyentuh mengenai harganya, ia dijual pada harga RM319,132. . Pada harga tersebut, pembeli Ioniq 6 di Filipina turut menerima perlindungan dengan jaminan 5 tahun/200,000 KM ditambah pakej penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 75,000 KM.

Para pembeli juga menerima perlindungan dengan waranti bateri EV 8 tahun atau 160,000 KM.
Nampaknya, Malaysia mungkin negara seterusnya yang akan menerima Ioniq 6 berdasarkan teaser yang ditayangkan oleh Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) pada awal tahun ini.
Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Ioniq 6 akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja.
Seperti biasa, kami akan menyiarkan lebih banyak info sejurus ia akan dilancarkan nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Ioniq 6 Versi Facelift Ternyata Lebih Agresif, Praktikal
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Hyundai kini mendedahkan lebih banyak imej rasmi sedan elektrik, Ioniq 6 versi facelift.
08-04-2025
Imej Acah Hyundai Ioniq 6 Facelift Didedahkan – Ada Versi Berprestasi Tinggi?
Hyundai telah mengeluarkan empat imej acah bagi model Ioniq 6 versi facelift yang memperlihatkan beberapa perubahan rekaan yang ketara.
04-04-2025
Kelasakan Prototaip Hyundai Ioniq 6 N Diuji Di Litar Nurburgring
Prototaip Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di litar terkenal Nurburgring Nordschleife.
18-09-2024
Hyundai Santa Fe Facelift Bakal Tiba Di Malaysia Sebagai Model CKD
Hyundai Santa Fe generasi keempat versi facelift bakal membuat kemunculan tempatan tidak lama lagi.
04-10-2023
Harga Hyundai Creta Masih Kekal Misteri, Tapi Kalau Minat Sangat, Dah Boleh Tempah Dulu
, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan Hyundai Creta di semua pusat pameran di seluruh negara.
14-04-2023
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

