Imej Teaser Toyota C-HR Generasi Baharu Didedahkan, Dilancarkan 26 Jun Ini

Toyota C-HR akan diperbaharui kepada versi lebih segar dengan pelancaran generasi baharu pada hujung bulan ini. Sementara menanti saat pelancaran, Toyota telah mengeluarkan imej teaser yang memperlihatkan sudut belakang C-HR baharu tersebut.
Seperti yang dijangka, imej teaser itu masih banyak ‘menyimpan’ rahsia, dengan hanya memaparkan nyalaan lampu belakang. Di sini kita dapat melihat reka bentuk lampu tersebut yang berbeza berbanding generasi semasa. Untuk model terbaharu, terdapat jalur LED yang disusun sejajar menggantikan bentuk C yang digunakan pada model semasa.
Foto tersebut turut memaparkan bagaimana lampu ini hampir bersambung di tengah-tengah, hanya dipisahkan oleh tulisan 'Toyota C-HR' yang dinyalakan - satu elemen reka bentuk yang juga berbeza daripada model lama. Ini mungkin bermakna Toyota juga telah memilih untuk menghapuskan penggunaan logo dengan memilih tulisan di bahagian belakang, seperti yang dilakukan oleh jenama mewahnya, Lexus, pada crossover kompak LBX yang baharu.


Toyota C-HR generasi baharu (kiri) & Toyota C-HR generasi semasa (kanan)
Walaupun tidak banyak yang terungkai daripada imej teaser ini, tetapi yang pasti C-HR generasi kedua ini dibina berdasarkan kereta konsep Toyota C-HR Prologue yang didedahkan tahun lepas. Kereta konsep ini menggunakan beberapa elemen reka bentuk Toyota untuk model generasi terbaharu misalnya lampu depan LED berbentuk C dan fascia depan berbentuk seperti penukul atau hammerhead-like mirip Prius baharu.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Kereta konsep Toyota C-HR Prologue 2022
Selain itu, model konsep ini memberi petunjuk bahawa C-HR baharu kekal sebagai sebuah crossover dengan gaya agresif yang diketengahkan pada generasi semasa, ini dapat dilihat dengan jelas daripada reka bentuk bumbungnya yang landai, elemen aerodinamik, serta lingkungan roda yang lebar.
-full.webp)
-full.webp)
Toyota C-HR Prologue
Dari segi trenkuasa, C-HR dilaporkan akan ditawarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV), selain daripada hibrid siri-paralel (HEV) standard. Selain daripada kedua-dua trenkuasa ini, tidak dapat dipastikan sekiranya versi yang menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural (ICE) akan ditawarkan.
-full.webp)
-full.webp)
Toyota C-HR GR-Sport Hybrid 2022
Sebaik dilancarkan pada 26 Jun, 2023 nanti, C-HR generasi terbaru ini akan menyertai Toyota Yaris Cross dan Toyota Aygo X yang dibina berdasarkan platform TNGA. Jualan dan penghantaran di pasaran Eropah dijangka bermula sebelum akhir tahun ini.
Seperti model generasi semasa, kita boleh menjangkakan varian sporty, GR-Sport, pada masa akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7644
SELANGOR
BSU2342
JOHOR
JF2759J
PULAU PINANG
PSG1461
PERAK
APL9202
PAHANG
CFH9258
KEDAH
KGJ3510
NEGERI SEMBILAN
NEM1845
KOTA KINABALU
SJU4283
KUCHING
QAB7095P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



