Toyota Sedia Jual 100% BEV Tahun 2035 Nanti, Kenapa Lambat Lagi?

Toyota bZ4X yang dipamerkan dalam satu acara tertutup yang diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Mei lalu
Dalam satu sesi tembual semasa Automotive News Europe Congress, Ketua Pegawai Operasi (COO) Toyota Eropah, Matt Harrison, menjelaskan bahawa pengeluar kereta tersebut tidak menyokong piawaian Euro 7 yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah untuk mengurangkan pelepasan karbon yang merbahaya.
Euro 7, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Hijau Eropah, merupakan piawaian emisi ekzos kenderaan terkini yang diwujudkan oleh EU untuk menyokong pelepasan ultra rendah dengan peraturan yang lebih ketat.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Toyota Eropah, Matt Harrison, sewaktu temubual di Automotive News Europe Congress (Foto: Automobilwoche| Huan Cupillard, Crain)
Harrison berkata beliau mengharapkan piawaian baru tersebut "sesuatu yang lebih realistik" atau dikurangkan. Piawaian semasa memerlukan pengeluar kereta untuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 55% menjelang tahun 2030 berbanding tahun 2001 sebagai tahap asas.
Pemimpin Toyota Eropah meramalkan bahawa pegangan EV Toyota di Eropah akan meningkat dari 0% pada tahun 2022 kepada 15% pada tahun 2025 dan 55% pada tahun 2030. Harrison menambah:
"Kami akan bersedia untuk menjual 100% model BEV mulai tahun 2035."

Strategi Pelbagai Laluan Toyota yang dipamerkan dalam bentuk poster di ibu pejabatnya di Shah Alam bulan lalu
Tentang menempatkan pengeluaran tempatan di Eropah, Harrison menyatakan, "Tiada gunanya untuk menempatkan [fasiliti pengeluaran] secara tempatan [di Eropah], sehingga kami berjaya mencapai skala yang betul, dan pada kadar 15% pada tahun 2025, kami belum sampai ke tahap itu lagi."
Beliau menambah pengeluar kereta Jepun tersebut tidak mempunyai rancangan untuk menghasilkan bateri EV di Eropah dalam jangka masa terdekat. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan ini akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...
Baca: Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge