Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...

Pengeluar kereta Jepun, Toyota, nampaknya serius mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) ekoran tekanan yang diterima daripada pengkritik dan pelabur. Ini dibuktikan daripada jadual perancangan yang telah dibentangkan syarikat semasa persidangan pembangunan teknologi tahunan yang diadakan baru-baru ini.
Pelan ini melibatkan janji Toyota untuk menghasilkan EV generasi baharu pada separuh kedua dekad ini, diikuti dengan pelan untuk memperkenalkan bateri keadaan-pepejal atau solid-state bermula tahun 2028. Bateri yang bakal dihasilkan itu nanti dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 1,500 km dengan sekali cas.
Selain itu, Toyota turut mengatakan bahawa pada tahun 2026 nanti, syarikat akan memperkenalkan bateri litium-ion "generasi seterusnya" di bawah nama Lexus yang mampu mencapai jarak perjalanan tidak kurang daripada 1,000 km.
Seterusnya, pada tahun 2026-2027, Toyota akan memulakan pengeluaran bateri fosfat besi litium bipolar yang boleh mengurangkan kos sehingga 40% berbanding dengan bateri sebelumnya. Kemudian, Toyota akan memperkenalkan bateri fosfat besi litium bipolar yang lebih canggih dengan jarak pemanduan tambahan 10% pada tahun 2027-2028.

Selepas tahun 2028, Toyota akan memperkenalkan teknologi bateri pepejal yang dijangka dapat mencapai jarak perjalanan 50% lebih jauh berbanding sebelumnya.
Ketua Pegawai Teknologi Toyota, Hiroki Nakajima berkata, "Kami berazam untuk menjadi peneraju dalam [pembangunan] bateri di dunia. Kami memerlukan pelbagai pilihan bateri, sepertimana kepelbagaian jenis enjin yang ada. Penting untuk menjadikan bateri-bateri ini sesuai dengan sebarang jenis model kereta,” tambahnya.

Toyota menganggarkan sekitar 1.7 juta EV akan dihasilkan menggunakan platform binaan baharu yang direka khas menjelang tahun 2030, menggunakan bateri pepejal mulai tahun 2027.
Di samping itu, Toyota turut mendedahkan bahawa syarikatnya sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi giga casting untuk memudahkan dan meningkatkan pengeluaran kenderaan. Toyota juga merancang untuk membangunkan reka bentuk ultra-aerodinamik dengan nilai pekali tahanan angin di bawah 0.20 dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Pelan pembangunan teknologi EV ini menandakan kedatangan lebih banyak model EV daripada Toyota yang buat masa ini hanya menawarkan sebuah model elektrik iaitu crossover bZ4X yang baru-baru ini diperkenalkan di Malaysia. EV ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
Jika artikel ini menarik, anda mungkin ingin membaca artikel di bawah:
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

