Apa Cerita Ni? Harga Kereta Naik

Ringgit mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama 2023 sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia berbanding negara lain.
Maka tidak hairanlah, mengapa beberapa syarikat pengeluar kereta sudah mula menaikkan harga kereta mereka bagi mengelak daripada mengalami kerugian.

Antaranya Honda Malaysia yang terpaksa menaikkan harga tiga modelnya – Honda City Hatchback, Honda HR-V, dan Honda Civic.

Semua varian City Hatchback telah meningkat sebanyak RM300, kecuali varian hibrid e:HEV RS.
Pelarasan harga ini menyaksikan varian City Hatchback 1.5L S meningkat kepada RM78,900 (sebelum ini RM78 ,600), manakala varian 1.5L E spesifikasi pertengahan kini berharga RM86,900 (sebelum ini RM86,600).
Sementara itu, dua varian V – 1.5L V dan 1.5L V-Sensing – kini berharga RM91,900 (sebelum ini RM91, 600) dan RM95,900 (sebelum ini RM95,600).
Sama seperti City Hatchback, semua harga varian Honda Civic FE – kecuali untuk e:HEV RS hybrid – kini naik sebanyak RM1,200.
Varian 1.5L E Civic juga tidak terkecuali memandangkan ia dijual pada harga RM131,900 (sebelum ini RM130,700), 1.5L V spesifikasi pertengahan berharga RM144,900 (sebelum ini RM143,700), manakala 1.5L RS pula berharga RM151,900 (sebelum ini RM150,700).
Bagaimanapun, harga varian tertinggi, Civic FE 2.0L e:HEV RS, tidak berubah kerana ia masih dijual pada harga RM166,500 iaitu harga yang sama ketika ia dilancarkan tahun lepas.


Beralih kepada Honda HR-V, semua varian B-SUV ini telah meningkat sebanyak RM1,100, yang meletakkan varian asas, 1.5L S trimline berharga RM115,900 (sebelum ini RM114,800).
Sementara itu, dua varian pengecas turbo – 1.5L Turbo E dan 1.5L Turbo V – kini masing-masing meningkat kepada RM130,900 (sebelum ini RM129,800) dan RM135,900 (sebelum ini RM134,800).

Berbeza pula dengan Honda Civic dan City Hatchback, HR-V e:HEV RS hybrid dimana harganya juga meningkat. Ia kini dijual pada RM141,900 berbanding tanda harga asalnya RM140,800).

Di sebalik kenaikan harga ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) juga sudah menyemak semula harga trak pikap Mitsubishi Triton untuk kali kedua tahun ini.
Buat kali pertama, ia disemak pada April 2023.
Untuk makluman, harga Triton meningkat sekitar RM2,500 hingga RM5,000 namun semuanya bergantung kepada varian.
Bagi peminat kereta pikap MMM, Varian Triton Quest 4x2 M/T telah meningkat sebanyak RM2,500, yang kini berharga RM86,390 (sebelum ini RM83,890).

Sementara itu, Triton 4x4 M/T kini berharga RM109,000 (sebelum ini RM105,500), manakala kembar A/T menguasai tanda harga yang lebih tinggi iaitu RM112,890 (sebelum ini RM109,990) – masing-masing meningkat RM3,500 dan RM2,900.
Malah, varian Premium, M/T Premium kini berharga RM121,200 (kenaikan RM2,500, sebelum ini RM118,700), manakala Premium A/T memperoleh harga lebih tinggi iaitu RM134,900 (kenaikan RM5,000) sebelum ini RM129,900).
Bagi Triton Athlete pula, varian ini mengalami kenaikan harga tertinggi sebanyak RM5,000, menjadikan ia kini berharga RM154,900 (sebelum ini RM149,900).


Akhir sekali ialah Kia Niro EV . Anak syarikat Bermaz Auto Alliance dan pengedar tunggal jenama kereta Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors juga telah membuat membuat keputusan untuk menaikkan harga untuk Kia EV6 GT.

Ia yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, EV6 GT spesifikasi Malaysia kini berharga RM319,668 – iaitu kira-kira RM19,000 lebih mahal berbanding sebelum ini.
Selain daripada kenaikan ini, pembuat kereta itu juga memberi amaran tentang kemungkinan kenaikan harga untuk model Kia yang lain.
Kenaikan harga itu sebenarnya ada kaitan dengan isu rantaian bekalan sektor automotif selain Ringgit lemah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



