Ini Bukti EV BYD Dolphin Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi

Syarikat pengeluar kenderaan elektik (EV) China, BYD kini sudah menunjukkan petanda bakal melancarkan model baharu, BYD Dolphin di Malaysia tidak lama lagi. Ini adalah berdasarkan sebuah teaser yang telah dikongsi melalui media sosial rasmi BYD Cars Malaysia.
Walaupun teaser tersebut tidak menyatakan dengan jelas nama EV baharu tersebut, terdapat beberapa klu yang menunjukkan model tersebut ialah BYD Dolphin. Video teaser tersebut memaparkan ombak laut yang berkait dengan siri BYD Ocean. Selain itu, turut dapat didengari melalui teaser itu ialah bunyi ikan lumba-lumba, ini jelas membuktikan bahawa model yang akan datang ialah hatchback elektrik BYD Dolphin.
Kemungkinan BYD Dolphin akan dilancarkan di Malaysia dikukuhkan lagi selepas gambar hatchback kompak ini dilihat sudah tiba negara ini dengan latar belakang yang dipercayai sebagai Pelabuhan Klang tersebar melalui WhatsApp.

Foto BYD Dolphin di kawasan yang dipercayai sebagai Pelabuhan Klang tersebar awal bulan lalu
Setelah membuat penampilan mengejut semasa pelancaran BYD Atto 3 pada bulan Disember tahun lalu, kedatangan BYD Dolphin sudah lama dinantikan di negara ini.

Penampilan mengejut BYD Dolphin semasa pelancaran BYD Atto 3 Disember 2022
SPESIFIKASI BYD DOLPHIN

Jika dibandingkan dengan Atto 3, Dolphin merupakan model yang lebih kompak. Kedua-dua kenderaan ini dibina berdasarkan platform BYD e-Platform 3.0. Walaupun masih tidak jelas berapa banyak variasi Dolphin yang akan dikeluarkan di Malaysia, di Thailand, seperti Atto 3, EV ini boleh didapati dalam varian Standard Range atau Extended Range.

Berikut adalah spesifikasi penting Dolphin Standard Range:
-Enjin elektrik tunggal 70kW (95hp)/180Nm.
-0-100km/j dalam masa 12.3 saat
-Bateri 44.9kWh
-Capai jarak perjalanan WLTP 340 km
-Boleh dicas menggunakan AC 7kW dan pengecas pantas DC 60kW
-Suspensi torsion beam
-Harga jualan di Thailand: 699,999 Thai baht (~RM92,083)

Berikut adalah spesifikasi penting Dolphin Extended Range:
-enjin elektrik 150kW (204hp)/tork 310Nm
-0-100km/j dalam masa 7 saat
-Bateri 60.48kWh
-Capai jarak perjalanan WLTP 427 km
-Boleh dicas menggunakan AC 7kW dan pengecas pantas DC 80kW
-Suspensi multi-link
-Harga jualan di Thailand: 859,999 Thai baht (~RM113,049)
HARGA JUALAN DI MALAYSIA
BYD Dolphin dijangka akan ditawarkan di pasaran negara pada harga yang lebih rendah berbanding Atto 3 yang dijual pada harga RM149,800 untuk Standard Range dan RM167,800 untuk Extended Range.

BYD Atto 3 dijual di Malaysia dari harga antara RM149,800-RM167,800
Sebaik dilancarkan nanti, BYD juga mungkin akan menawarkan promosi seperti pengecas percuma, kabel V2L dan kredit pengecas Go-to-U sama sepertimana yang ditawarkan untuk pembelian BYD Atto 3.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?
BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.
29-05-2025
BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye
Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pelancaran model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China.
06-03-2025
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors
Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.
02-10-2024
BYD Dolphin Versi Baharu, Lebih Murah, Boleh Gerak Lebih Jauh
Syarikat BYD sudah mengeluarkan versi BYD Dolphin yang sudah dinaik taraf di tanah airnya sendiri.
27-02-2024
Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin
Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.
31-01-2024
BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan
BYD, semalam telah mendedahkan rancangan bagi pasaran Indonesia. Ini perinciannya...
19-01-2024
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat