Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di 13 Negara –Termasuk Indonesia, Korea, Thailand

Penggunaan Touch 'n Go eWallet kini lebih meluas selepas perkhidmatan pembayaran rentas sempadan dilancarkan.
Jutaan pengguna Touch 'n Go eWallet kini boleh melancong dan membeli-belah di destinasi terkenal seperti Jepun, Singapura, Thailand, Korea Selatan, dan Indonesia dengan lebih mudah melalui pembayaran di hujung jari.
Orang ramai dapat mengakses jutaan titik jual pedagang di pelbagai negara hasil integrasi dengan pembayaran QR rentas sempadan dan kerjasama Alipay+ milik Ant Group.
Salah satunya ialah penerimaan rangkaian QRIS yang digunakan di Indonesia, membolehkan pengguna membayar dengan mudah di lebih daripada 25 juta titik jual pedagang.

Sebelum membuat pembayaran, pengguna boleh melakukan transaksi dengan mudah dalam mata wang tempatan negara berkenaan, dengan kadar pertukaran mata wang asing dipaparkan secara langsung di dalam eWallet. Pembayaran akan ditolak daripada baki eWallet atau GO+, sama seperti di Malaysia.
Pengguna Touch 'n Go eWallet dapat membuat pembayaran mudah melalui rangkaian pedagang Alipay+ di China, Jepun, Korea Selatan, dan Singapura sejak integrasinya dengan Alipay+ pada tahun 2022.
Sekiranya ingin menggunakan eWallet semasa melancong, pengguna perlu mencari logo-logo berikut:

DUA CARA MEMBUAT PEMBAYARAN
CARA PERTAMA: Pedagang mengimbas Touch 'n Go eWallet pengguna menggunakan fungsi 'Bayar'/'Pay':
Langkah 1: Buka Touch 'n Go eWallet
Langkah 2: Pilih ikon 'Bayar'/ ‘Pay’ dan ikut arahan untuk ‘Leret ke atas untuk bayar di luar negara dengan Alipay+’/ 'Swipe up to pay abroad via Alipay+'
Langkah 3: Pilih negara untuk melakukan pembayaran mudah alih dan lihat kadar pertukaran mata wang asing
Langkah 4: Paparkan kod QR kepada pedagang
Langkah 5: Pedagang mengimbas kod QR pengguna
Langkah 6: Pembayaran selesai

CARA KEDUA: Pengguna mengimbas kod QR pedagang menggunakan fungsi 'Imbas'/'Scan':
Langkah 1: Buka Touch 'n Go eWallet
Langkah 2: Pilih ikon 'Imbas'/’Scan’ dan imbas kod QR pedagang
Langkah 3: Masukkan jumlah pembayaran
Langkah 4: ‘Sahkamn dan bayar’ / ‘Agreen and Pay’
Langkah 5: Pembayaran selesai
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd., Alan Ni berkata, "Teknologi memberi kita peluang untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna kami semasa melancong, terutamanya semasa membawa wang kertas. Saya yakin bahawa pengguna kami akan menghargai kemudahan dan ketenangan jiwa ketika melakukan transaksi dengan eWallet kami semasa perjalanan mereka.”
Negara-negara lain termasuk Filipina, Australia juga bakal menyertai rangkaian pembayaran ini di masa depan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4459
SELANGOR
BSL649
JOHOR
JYN2699
PULAU PINANG
PRW7283
PERAK
APD4874
PAHANG
CFE4995
KEDAH
KGD4971
NEGERI SEMBILAN
NEH9627
KOTA KINABALU
SJP3695
KUCHING
QAB7802M
Terakhir Kemas Kini 21 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L
Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...
26-09-2025
Bayar Parkir Dengan TnG & Berpeluang Menang PS5!
Guna Touch 'n Go eWallet & boleh menang PS5. Kini, semakin banyak lokasi parkir menyokong sistem pembayaran ini!
06-07-2023
Pelan Tindakan TnG Tangani Isu Perkhidmatan Tidak Memuaskan KPDN
Pelan tindakan untuk penambahbaikan segera yang dikemukakan TnG masih tidak jelas.
10-02-2023
"Jangan Beli Kad NFC Selain Melalui Saluran Rasmi." – Amaran Touch 'n Go
Pihak Touch ‘n Go menekankan bahawa kad tersebut hanya ditawarkan di lokasi terpilih dan platform tertentu.
13-01-2023
Pengguna Bertuah RFID Menang 5.6 Juta Mata Ganjaran, Pin Tambah Nilai TnG RM14K!
Sempena kempen ‘Hari-Hari RFID’ anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sejumlah pengguna RFID menerima ganjaran.
29-07-2022
Bas Putrajaya: Caj RM1 Dikenakan Mulai 1 Januari Ini
Caj RM1 akan dikenakan bermula 1 Januari ini bagi perkhidmatan bas Nadiputra di Putrajaya.
30-12-2022
Berita Terkini
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.
28-07-2025
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan
BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.
11-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat