ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Golf R Mk8 Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

FB---VW-Golf-R-CKD-Rumour.jpg


Salah satu pengedar tempatan kenderaan Volkswagen telah mengumumkan di Facebook pada awal bulan ini bahawa Volkswagen Golf R Mk8 akan dihasilkan secara tempatan (CKD) oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) tidak lama lagi.  Klik di sini dan di sini untuk lihat hantaran di media sosial tersebut. 


Perkongsian yang dibuat itu turut mendedahkan bahawa tempahan bagi model ini sudah mula dibuka. Bagaimanapun, VPCM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini. 


Golf-R-Line.jpgCariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-2-full.jpg

Pada awalnya, VPCM menghasilkan tempatan model Golf generasi kedelapan dalam varian R-Line (kiri) dan GTI (kanan)


Pada mulanya, kedua-dua Golf R-Line dan GTI dipasang secara CKD sebelum varian Golf R-Line digugurkan daripada pasaran Malaysia atas sebab yang tidak diketahui. Sementara itu, versi yang masih dikekalkan, GTI, bukan sahaja akan diteruskan jualannya dengan pemasangan CKD, tetapi, baru-baru ini varian tersebut telah dikemaskini dengan pelbagai ciri keselamatan ADAS Volkswagen, IQ.Drive. 


Buat masa ini, versi berprestasi tinggi, Golf R pula, kekal sebagai produk  import sepenuhnya (CBU). Tidak mustahil sekiranya varian ini juga bakal 'mengikut jejak' GTI untuk dikeluarkan secara CKD tidak lama lagi berdasarkan petanda yang telah ditunjukkan. Sekiranya varian flagship ini dihasilkan secara CKD, ia mungkin akan dijual pada harga lebih rendah berbanding harga jualannya yang terkini, RM429,990.


The-New-Golf-GTI.jpg

Baru-baru ini, VPCM telah mengemaskini model Golf GTI Mk 8 CKD dengan IQ.Drive


Dengan pemasangan secara CKD, kita juga mungkin boleh menjangkakan VPCM akan mengemaskini Golf R dengan pakej IQ.DRIVE sepenuhnya seperti yang dibuat kepada Golf GTI baru-baru ini. 


Golf-R.jpg

Golf R Mk8 mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat


Untuk pengetahuan pembaca, Golf R Mk8 bagi pasaran Malaysia menggunakan enjin 2.0L TSI 4-silinder turbo yang serupa dengan GTI, tetapi dengan output yang lebih tinggi iaitu 316 hp dan 400 Nm. Kuasa kemudiannya disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MOTION menerusi transmisi  automatik DSG berkembar 7 kelajuan yang membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat.


Sekiranya berita tentang pemasangan CKD ini bukan sekadar khabar angin, serta bakal menerima peningkatan pakej keselamatan IQ.DRIVE, pada pendapat anda, berapakah harga jualan yang sesuai untuk hatchback ini? Kongsikan anggaran harga di ruangan komen yang disediakan di bawah atau di media sosial kami. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1547

SELANGOR

BSS7258

JOHOR

JC4217J

PULAU PINANG

PSE6842

PERAK

APK6538

PAHANG

CFH4510

KEDAH

KGH5386

NEGERI SEMBILAN

NEL4351

KOTA KINABALU

SJT5374

KUCHING

QAB4032P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Global

22-01-2026
Kereta Baru

20-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Kereta Baru

15-10-2025
Berita Auto

15-10-2025
Kereta Baru

08-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban

Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.

15-08-2026
Berita Auto

Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini

Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember

14-08-2026
Berita Auto

Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan

Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.

14-08-2026
Berita Auto

PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi

13-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya

Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?

13-08-2026
Berita Auto

Minyak Turun Sekejap Lagi

Harga minyak mingguan yang baharu ini bermula 13-19 Ogos.

12-08-2026
Berita Auto

Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah

Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.