Tempahan Trak Pikap GWM Cannon Ultra Kini Dibuka

GWM Malaysia dengan rasminya mengumumkan bahawa tempahan untuk trak pikap baharu syarikat, Cannon Ultra, kini telah dibuka. Tempahan boleh dibuat melalui pengedar-pengedar sah GWM di seluruh negara, walaupun butiran harga tidak diumumkan, seorang pengedar sebelum ini pernah mendedahkan harga jualannya adalah sekitar RM127,800.
Diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2023 awal tahun ini, GWM Cannon Ultra dijangka menarik ramai peminat trak pikap kerana dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik. Baru-baru ini, syarikat tersebut mendedahkan di media sosial bahawa sejumlah 66 unit untuk kumpulan pertama telah mendarat di Malaysia bagi memenuhi tempahan awal.

Cannon Ultra telah dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia semasa Malaysia Autoshow 2023

Di dalam kabin, Cannon Ultra dilengkapi dengan paparan digital sepenuhnya. Selain itu, material lembut digunakan pada banyak titik sentuhan
Trak ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.0L 4 silinder turbo yang boleh membolehkannya menghamburkan kuasa sebanyak 163 hp/400 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF dan sistem pacuan empat roda pintar (4WD), yang menawarkan empat mod pemanduan.

Buat pertama kalinya untuk segmen ini, terdapat kemudahan pemijak untuk mengakses ruang kargo
Antara kemudahan yang disediakan di dalam kabin ialah paparan instrumen digital bersaiz 7 inci, sistem infotainmen bersaiz 9 inci yang boleh disambungkamn dengan Apple CarPlay dan Android Auto, gear dan brek parkir elektronik, soket tiga pin, corong pendingin hawa belakang, dan tempat duduk boleh laras automatik.
Cannon Ultra GWM menjanjikan teknologi bantuan pemanduan separa autonomi Tahap 2 yang termasuk kawalan pelayaran adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), pengesan titik buta (BSD), serta modul kamera parkir 360 darjah.

Daripada ciri-ciri yang ditawarkan, jelas sekali GWM Cannon Ultra telah dihasilkan untuk menarik perhatian ramai peminat trak. Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019, Cannon baru-baru ini telah berjaya mencapai jumlah pengeluarannya yang ke-500,000 unit. Di pasaran China, Cannon menguasai hampir 50% pasaran antara bulan Januari hingga Julai tahun ini.


Trak kerja P11 (kiri) dan trak penumpang P12 (kanan) turut dipertontonkan baru-baru ini. Nantikan maklumat terperinci sebaik kedua-duanya dilancarkan
Selain masih belum mendedahkan harga rasminya, GWM juga tidak mengumumkan tarikh trak ini akan dilancarkan secara rasmi. Memandangkan tempahan telah dibuka, pastinya kita tidak lagi perlu menunggu lama.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat