AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper

Aston Martin Kuala Lumpur (AMKL - Wearnes Quest Sdn Bhd) minggu ini telah mengumumkan kehadiran model edisi khas Iron Wolf dan edisi Midnight Viper. Tiada yang kedua, hanya satu bagi setiap edisi.
Walaupun kedua-duanya versi unik, namun dari reka bentuk luaran terdapa beberapa persamaan antaranya tambahan bodykit gentian karbon, kemasan krom yang dihitamkan, dan rim 20 inci dengan rekaan berlian yang diberikan kemasan hitam berkilat.
Kedua-dua edisi ini juga dapat dilihat menggunakan gril depan yang sama seperti pada Vantage F1 Edition yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Yang membezakan kedua-duanya adalah rekaan livery luaran eksklusif yang dikenakan.



Edisi Vantage Iron Wolf diberikan warna Grey Titanium khas, dipadankan dengan jalur perlumbaan hitam dan merah
Iron Wolf menggunakan badan berwarna Grey Titanium yang disempurnakan dengan jalur hitam dan merah yang halus. Menurut AMKL, ini adalah kali pertama syarikat ini diberikan tugas untuk membuat gabungan warna yang unik seperti ini. Menurut firma tersebut, "menarik perhatian dan akan menarik kelompok pengguna baharu."



Edisi Vantage Midnight Viper pula menggunakan warna badan Ultramarine Black yang dihidupkan dengan warna kontra Lime Essence
Midnight Viper pula memiliki badan berwarna Ultramarine Black dengan warna kontra Lime Essence. Gabungan warna yang menyerlah ini "menunjukkan kuasa dan sifat provokatifnya," menurut AMKL.
Mengenai kabin, kedua-dua edisi ini berkongsi spesifikasi yang serupa namun tampil eksklusif, di mana ruang kabin dua edisi unik ini menggunakan warna tema sewarna Onyx Black. Ini dipadankan dengan Pakej Perhiasan Dalaman yang menampilkan gabungan warna Satin Silver dan Gloss Black.


Kedua-dua ruang kabin edisi istimewa ini menggunakan warna tema Onyx Black yang dipadankan dengan Pakej Perhiasan Dalaman yang menampilkan gabungan warna Satin Silver dan Gloss Black
Selain perubahan rekaan luaran dan kabin, dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan. Kedua-dua edisi istimewa ini menggunakan enjin V8 turbo 4.0L dari Mercedes-AMG dengan hamburan kuasa 503 hp dan tork 685 Nm, membolehkan melakukan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.6 saat.
Sebagai keluaran yang unik, ini pastinya dicerminkan melalui harga, Vantage Iron Wolf ditawarkan dari harga RM844,000, manakala Vantage Midnight Viper pula lebih tinggi iaitu RM861,000. Kedua-dua harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai, duti, dan kos atas jalan.


Kedua-dua Edisi Vantage Iron Wolf (kiri) dan Vantage Midnight Viper (kanan) ditawarkan secara eksklusif oleh AMKL, masing-masing dijual pada harga RM844,000* dan RM861,000*
Sebagai perbandingan, Vantage versi asas dijual dari RM778,000 sementara Vantage F1 Edition yang diperkenalkan AMKL pada awal tahun ini pula ditawarkan pada harga RM978,000, tidak termasuk aksesori/pilihan tambahan, cukai, dan kos atas jalan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3086
SELANGOR
BSU3081
JOHOR
JF4396J
PULAU PINANG
PSG2593
PERAK
APM925
PAHANG
CFH9642
KEDAH
KGJ3979
NEGERI SEMBILAN
NEM2253
KOTA KINABALU
SJU4720
KUCHING
QAB7316P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta
Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...
28-07-2023
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!
Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.
24-05-2022
Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K
Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.
27-12-2021
Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!
Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.
27-09-2021
Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!
Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage.
02-09-2021
Berita Terkini
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
