Cayenne S E-Hybrid, Hamburan Kuasa 512 Hp

Porsche mendedahkan model SUV hibrid ketiganya, Cayenne S E-Hybrid 2024 baru-baru ini.
Cayenne S E-Hybrid ini yang disumbat dengan enjin V6 3.0 liter turbo mampu menghamburkan kuasa setakat 512 hp dan tork 750Nm.
Dengan berbekalkan pek bateri berkapasiti 25.9 kWh, ia dikatakan mampu melakukan jarak gerak sifar emisi sejauh 90 kilometer.

Mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.7 saat.
Sementara itu, kelajuan tertinggi dihadkan kepada 263 km/j.
Selain menyokong pengecasan 11 kW seperti mana dua varian hibrid lain, difahamkan pengecasan penuh memakan masa dua jam setengah.
Ia dikatakan mampu melakukan perjalanan sejauh 90 km

Cayenne S E-Hybrid ini juga menerima ciri seperti mana yang ada pada kit premium . Ia sebenarnya adalah ciri standard.
Antaranya seperti suspensi udara adaptif menampilkan dua chamber, dua teknologi injap, roda 20-inci, sistem ekzos dengan dua paip berkembar dalam keluli tahan karat, lampu utama matrix LED (dengan pilihan HD matrix LED) dan tempat duduk boleh dilaras secara lapan arah.
Selain itu, trim luarannya adalah berwarna silver (standard) dan hitam (coupe) selain hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan dilengkapi dengan pakej Sport Chrono.
Dikhabarkan tempahan sudah dibuka namun penghantaran varian Porsche Cayenne S E-Hybrid 2024 ini dijadualkan bermula pada awal tahun 2024.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada varian Cayenne yang telah diubah suai ini akan mula dijual melalui Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) atau sebaliknya.
Namun, SDAP telah mula menerima tempahan untuk model Cayenne yang diperbaharui. Ia dipasang secara tempatan (CKD) oleh Inokom di kemudahannya di Kulim, Kedah.
Hanya versi badan SUV standard yang tersedia buat masa ini, dan ia dijual pada harga RM599,999 tanpa pilihan pemperibadian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge