Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024

Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
Pengumuman itu dibuat selepas melantik pengarah baharu termasuk presiden dan naib presidenn untuk menerajui anak syarikatnya, Daihatsu Motor Co.Ltd (DMC).
Ini bermakna, Pengerusi DMC, Sunao Matsubayashi dan Presiden DMC, Soichiro Okudaira sudah tidak lagi menggalas jawatan masing-masing.
DMC kini akan diterajui oleh Presiden baharu iaitu Masahiro Inoue manakala naib presiden eksekutif baharu ialah Masanori Kuwata.

Sementara itu, jawatan pengarah kini dipegang oleh Keiko Yanagi yang sebelum ini merupakan timbalan ketua pegawai di kumpulan Toyota Customer First Promotion.
Bagaimanapun, tiada lagi jawatan pengerusi kerana ia sudah dimansuhkan.
Difahamkan, barisan kepimpinan baharu Daihatsu ini akan memulakan tugas mereka berkuatkuasa 1 Mac nanti.
Toyota dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan melaksanakan langkah-langkah yang menyeluruh untuk mencegah perkara sama dari berulang.

Malah, pihakanya akan terus berusaha ke arah pemulihan masa depan Daihatsu.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf yang sedalam-dalamnya kepada pelanggan, pembekal, peniaga, komuniti di mana kilang kami berada, dan banyak pihak berkepentingan kami yang lain atas kesulitan dan kebimbangan yang disebabkan oleh isu penyelewengan pensijilan baru-baru ini," katanya.

Pada tahun lalu, kecoh apabila Daihatsu Motor terpaksa wmenggantung semua pengeluaran domestik disebabkan skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatannya.
Susulan itu, Daihatsu mengumumkan bahawa siasatan mendapati 174 kes salah laku baharu berhubung ujian keselamatan ke atas kenderaan baharu yang meliputi 64 model.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
Skandal Daihatsu: Syarikat Bakal Tanggung Kerugian Cecah RM3.2 Bilion!
Pengeluar automotif Jepun, Daihatsu, terpaksa menghentikan pengeluarannya di Jepun. Ini berita selanjutnya...
03-01-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan gara-gara salah laku ujian keselamatan.
22-05-2023
Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya
Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .
09-05-2023
Axia Selamat! Tidak Terkesan Penipuan Ujian Daihatsu – Perodua
PERODUA memberi jaminan penuh bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada model baharu Perodua Axia masih sah.
30-04-2023
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Berita Terkini
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
