ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pandangan Pertama: EV MINI Cooper & EV MINI Countryman 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2024-Mini-Countyman-SE-and-Cooper-SE-2-1536x1024.jpg

Ini pandangan pertama hatchback EV MINI Cooper 2024 dan crossover  EV MINI Countryman 2024  generasi seterusnya


BMW akhirnya mendedahkan MINI Cooper dan MINI Countryman 2024 versi elektrik (EV) untuk tatapan umum. Kedua-dua model ini telah dipertontonkan secara dalam talian sebelum kemunculan sulungnya yang akan diadakan semasa acara IAA Munich minggu ini. 


EV MINI COOPER 2024


Model ikonik versi elektrik ini dikhabarkan bakal ditawarkan dalam dua versi trenkuasa elektrik iaitu  - Cooper E dan Cooper SE.  Kedua-duanya dilihat mempamerkan reka bentuk terkini MINI seperti lampu hadapan jenis LED yang bulat, gril berbentuk oktagon yang unik, serta lampu belakang yang terbenam.


Mini-Cooper-EV-00017-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00003-1536x1103.jpg

Mini-Cooper-EV-00036-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00031-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00035-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00032-1536x1024.jpg

Gabungan sentuhan klasik dan moden 


Seperti yang dapat kita perhatikan daripada foto-foto intipan yang pernah dikongsi sebelum ini, MINI Cooper baharu tidak lagi menggunakan lingkungan roda (wheel arch) berwarna hitam untuk tampil lebih elegan dan minimal. 


Selain itu, lampu hadapan kini dengan elemen DRL unik serta dua bar melintang. Ditawarkan sebagai pilihan, lampu DRL ini boleh dihidupkan untuk menghasilkan tiga pencahayaan berbeza, dan kesemua mod ini memiliki animasi “welcome” dan “goodbye.”


Mini-Cooper-EV-00057-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00055-1536x1024.jpg
Mini-Cooper-EV-00038-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00042-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00037-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00064-1536x1024.jpg

Kini, ruang kabin menggunakan upholsteri bercorak pelbagai tekstil. Selain itu, sistem infotainmen kini menggunakan MINI Operating System 9


Bergerak ke bahagian dalam, konsep minimalis seperti di bahagian luar masih dikekalkan. Di bahagian papan pemuka (dashboard), terdapat paparan infotainmen berbentuk bulat yang bersaiz 9.44 inci dengan sistem operasi MINI Operating System 9 dibangunkan syarikat menggunakan Android Open Source Project (AOSP).


Di bawah skrin terdapat bar dengan suis kawalan pelbagai fungsi kenderaan seperti brek parkir, gear, kunci mula/henti,  mod pengalaman dan volume.  


Mini-Cooper-EV-00067-1536x1024.jpgMini-Cooper-EV-00068-1536x1024.jpg

Ruang kargo kini berkapasiti 200L, sekiranya tempat duduk dilipat, ruang menjadi lebih luas sehingga 800L


Mini-Cooper-EV-00043-1536x1024.jpg

Tempat duduk sport disediakan untuk pakej kemasan Essential dan JCW sahaja 


Di belakang, ruang kargo di bahagian but menawarkan saiz ruang simpanan yang lebih praktikal dengan kapasiti 200L, namun sekiranya tempat duduk dilipat dengan nisbah 60:40, kapasiti bertambah sehingga 800L. 


Empat pakej kemasan ditawarkan iaitu, Essential, Classic, Favoured, dan John Cooper Works (JCW), kesemuanya dengan ciri khas tersendiri. Antaranya adalah tempat duduk sport dengan jahitan klasik 2D pada permukaan tekstil (Essential), corak houndstooth dua tona pada tekstil panel instrumen (Favoured) dan penggunaan tekstil pelbagai warna bersama kulit sintetik hitam dan jahitan merah (JCW). 


Dari segi mekanikal, MINI Cooper menggunakan platform EV Spotlight yang dibangunkan bersama oleh BMW Group dan Great Wall Motor (GWM) China. Model ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 40.7 kWh (E) dan 54.2 kWh (SE) yang dipasang di bahagian bawah atau lantai. Masing-masing menghasilkan 181 hp/290 Nm dan 214 hp/330 Nm untuk menggerakkan roda hadapan.


Masa yang diambil untuk melakukan pecutan 0-100 km/j adalah dalam 7.3 saat (E) dan 6.7 saat (SE). Untuk jarak perjalanannya pula, masing-masing menawarkan angka WLTP sebanyak 305 km dan 402 km. Untuk pengecasan, kedua-dua model menerima input AC 11 kW, serta input pengecasan pantas DC sebanyak 75 kW (E) dan 95 kW (SE).


EV MINI COUNTRYMAN 2024


Model SUV crossover MINI Countryman EV yang baru tampil lebih besar daripada model semasa, dengan ukuran yang 130 mm lebih panjang serta 60 mm lebih tinggi. Seperti kembar hatchbacknya, ia didatangkan dalam dua versi trenkuasa elektrik - Countryman E dan Countryman SE ALL4.


2024-Mini-Countyman-SE-2s-1536x864.jpg2024-Mini-Countyman-SE-5s-1536x864.jpg
2024-Mini-Countyman-SE-23-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-19-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-21-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-25-1536x1024.jpg

Pelbagai ciri baharu diberikan di bahagian luar termasuk gril depan, lampu depan dan belakang LED multi-mode dll. 


Dari segi reka bentuk, Countryman baru menampilkan konsep rekaan minimalis yang sama seperti Cooper. Terdapat grill hadapan berbentuk oktagon baharu, lampu hadapan dan belakang jenis LED, reka bentuk tiang C baru yang lebih menonjol dan rim 20 inci.


2024-Mini-Countyman-SE-Interior-18-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-1-1536x1024.jpg
2024-Mini-Countyman-SE-Interior-22-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-19-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-25-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-2-1536x1024.jpg

Pelbagai elemen rekaan sama yang terdapat pada Cooper turut digunakan pada Countryman 2024 seperti skrin infotainmen 9.44 inci


Di bahagian kabin, rekaannya ringkas dan sedap dipandang mata. Di tengah terdapat modul paparan bulat bersaiz 9.44 inci yang sama seperti Cooper dengan sistem operasi MINI Operating System 9 yang disebut sebelum ini. 


2024-Mini-Countyman-SE-Interior-34-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-37-1536x1024.jpgBut berkapasiti 460L boleh diluaskan sehingga 1,450L 

2024-Mini-Countyman-SE-Interior-27-1536x1024.jpg
Tempat duduk belakang boleh dilaraskan hingga 130 mm untuk meluaskan ruang kaki atau kargo


Kabin ini boleh memuatkan lima penumpang dengan bumbung berkaca panoramik. Tempat duduk belakang boleh dilaraskan sehingga 130 mm untuk meluaskan ruang kaki. Ruang kargo berkapasiti 460L dan boleh diluaskan sehingga 1,450L apabila tempat duduk belakang ditumbangkan. 


Sepertimana Cooper, secara keseluruhannya, empat pakej kemasan ditawarkan dengan ciri menarik seperti tempat duduk sport berwarna hitam dalam balutan fabrik pelbagai tona yang bercorak (Essential), stereng tiga jejari (Classic), serta papan pemuka dan kemasan pintu berwarna Dark Petrol  (Favoured).


2024-Mini-Countyman-SE-41-1536x1024.jpg


Sebagai pilihan kemasan paling sporty, JCW, diberikan tempat duduk sport khas dengan sokongan lateral yang lebih baik bersama balutan tekstil jahitan pelbagai warna dan kulit faux hitam dengan jahitan merah.


Dari segi mekanikal, Countryman E menggunakan bateri 54 kWh, sementara Countryman SE pula menggunakan pek bateri lebih tinggi, 64 kWh. Kedua-duanya boleh dicas dengan input pengecasan AC 22 kW dan DC sehingga 130 kW. 


Countryman E menggunakan motor tunggal di hadapan dan sistem pacuan roda hadapan dengan jarak perjalanan EV sehingga 462 km (WLTP). Model ini menghasilkan output  201 hp/250 Nm dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat. 


Sementara itu, SE ALL4 pula menggunakan dua motor dan sistem pacuan semua roda dengan jarak perjalanan EV sehingga 433 km (WLTP). Model ini menghasilkan output  308 hp/494 Nm dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat. 


PENGELUARAN COOPER & COUNTRYMAN


2024-Mini-Countyman-SE-and-Cooper-SE-3-1536x1024.jpg


Pemasangan kedua-dua model ini akan dimulakan tahun ini. EV MINI Cooper bakal dipasang di negara China, manakala EV MINI Countryman akan dihasilkan di kilang Leipzig, Jerman. Jualan EV MINI ini bakal dimulakan pada tahun 2024. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX4513

SELANGOR

BSP9178

JOHOR

JYW4588

PULAU PINANG

PSC2054

PERAK

APH3817

PAHANG

CFG4719

KEDAH

KGF8321

NEGERI SEMBILAN

NEK3761

KOTA KINABALU

SJR8506

KUCHING

QAB7429N

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

01-09-2023
Global

04-04-2023
EV

01-09-2023
EV

06-04-2023
Pandu Uji

17-01-2024
EV

21-08-2023
EV

20-07-2023
EV

06-05-2023

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.