Superbike BMW Ini Boleh Capai 314 KM/J –Dari RM289K!

Superbike BMW M1000RR dengan pakej M Competition
Walaupun agak jarang untuk CariCarz.com memberi tumpuan kepada kenderaan beroda dua, model kali ini adalah terkecuali, sebuah superbike yang benar-benar luar biasa! Model yang dimaksudkan ialah BMW M1000RR 2023 dengan pakej M Competition yang telah dilancarkan BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini.
Dijual pada harga RM289,500, ‘peluru’ beroda dua BMW M ini sememangnya bukannya murah, walaupun mengikut standard superbike 1,000cc yang biasa. Tetapi, ada sebabnya…


Superbike ini dihasilkan dengan bahan seperti gentian karbon, aluminium dan magnesium menjadikannya cukup ringan dengan berat hanya 169.8 kg
Kenapa kami menggelarkannya ‘peluru beroda dua’? Kerana prestasinya yang luar biasa yang disebabkan oleh penggunaan bahan ringan seperti gentian karbon, aluminium dan magnesium yang menghasilkan berat keseluruhan hanya 169.8 kg.
M1000RR dikuasakan oleh enjin 4 silinder 999cc liquid-cooled yang dipasangkan dengan teknologi variable intake camshaft ‘Shiftcam’ membolehkannya menderu dengan kuasa sebanyak 212 hp pada 14,500 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm.
Ya, mungkin angka yang dinyatakan tidak begitu mengujakan jika dibandingkan dengan kereta, tetapi angka ini cukup ekstrem bagi sebuah jentera dua roda. Menurut BMW Motorrad, M1000RR mampu mencapai kelajuan sehingga 314 km/jam!

Superbike ini direka dengan elemen yang dibangunkan khas untuk meningkatkan prestasi aerodinamik seperti bahagian fairing yang telah melalui ujian terowong angin
M1000RR dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan khas seperti dua rotor brek hadapan 320 mm dan sistem Race ABS yang canggih. Selain itu, terdapat juga pakej suspensi berasaskan perlumbaan dengan fork hadapan dan shock belakang boleh laras.

M1000RR dengan Pakej M Competition juga mempunyai fairing aerodinamik yang dibangunkan berdasarkan ujian terowong angin. Selain itu, ia turut dipasangkan dengan sayap bergaya MotoGP bersaiz besar yang menghasilkan downforce dan kestabilan apabila dibawa pada kelajuan tinggi.

Salah satu teknologi yang dipasang ialah paparan digital TFT bersaiz 6.5 inci yang interaktif
Motosikal berkuasa tinggi ini dilengkapi paparan digital TFT 6.5-inci yang interaktif. Sistem ini boleh diakses melalui butang kawalan yang diletakkan pada bahagian pemegang untuk tujuan seperti penukaran mod tunggangan, selain boleh dilengkapi dengan ciri tambahan lain seperti data-logger dan lap trigger berdasarkan GPS.
BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan aksesori tambahan lain, antaranya, cermin hadapan yang sporty dengan tinted, set pemanas tayar, serta kit MCover.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge