ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X7 CKD, Harga RM718K

Suhana Veru

Kongsi melalui

01.-BMW-Malaysia-presents-new-M-Sport-variant-for-the-locally-assembled-BMW-X7.jpg

BMW Malaysia memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu di pasaran tempatan sebentar tadi.

Ia yang berharga RM718,800 dikilangkan di kilang pemasangan BMW yang terletak di Kulim, Kedah.

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan gaya sport yang cukup menonjol.

Ini termasuk reka bentuk ‘M Specific’ di hadapan dan belakang yang dibekalkan oleh  Pakej M Aerodynamics dimana bahagian pintunya menampilkan inskripsi M yang ikonik. 

02.-BMW-Malaysia-presents-new-M-Sport-variant-for-the-locally-assembled-BMW-X7.jpg

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu ini juga didatangkan dengan gril ‘kidney’ BMW Iconic Glow yang dicahayakan dengan gentian optik LED untuk aura visual yang lebih menawan, serta  roda aloi ringan M Sport 22 inci.

Menjengah bahagian dalamannya,  BMW X7 xDrive40i M Sport ini dihiasi dengan trim kayu halus “Fineline Black”, stereng kulit M dan juga upholsteri kulit Merino BMW Individual dalam rona Black atau Tartufo. 

image.png

Sementara itu, dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu juga  hadir dengan Driving Assistant Professional, Kawalan Jarak dengan fungsi Stop/Go, termasuk Bantuan Stereng dan Kawalan Laluan.

03.-BMW-Malaysia-presents-new-M-Sport-variant-for-the-locally-assembled-BMW-X7.jpg

Ia membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.

Jentera ini dikuasakan dengan  enjin hibrid ringan enam sebaris, dimana ia mampu mencatatkan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

Ini membolehkan ia membekalkan kuasa 380kk /280kW dan tork bernilai 540 Nm.

Selain warna sedia seperti Mineral White Metallic dan Black Sapphire Metallic untuk BMW X7, ia juga hadir dengan pilihan warna  warna varian eksklusif M Brooklyn Grey Metallic.

01.-BMW-X7-xDrive40i-M-Sport---Black-Sapphire_Merino-Black.png06.-BMW-X7-xDrive40i-M-Sport---Black-Sapphire_Merino-Tartufo.png

Selain itu, bagi berminat untuk membeli jentera ini, terdapat beberapa program pembiayaan seperti:

Program pembiayaan dinamik.

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,322.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik BMW X7 xDrive40i M Sport baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

• Servis Dalam Talian BMW

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing atau melayari shop.bmw.com.my

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD1482

SELANGOR

BSQ9457

JOHOR

JYB1251

PULAU PINANG

PSD2078

PERAK

APJ3231

PAHANG

CFG8230

KEDAH

KGG5841

NEGERI SEMBILAN

NEK6951

KOTA KINABALU

SJS4722

KUCHING

QAB269P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

19-10-2022
Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.