ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia BRABUS, Sporty Habis, Nampaknya Boleh Laku Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

smart--1-BRABUS-(1).png

smart Malaysia memperkenalkan secara rasminya model perdana smart #1, varian BRABUS pada  Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) di ibu negara, sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net,  Zhang Qiang berkata, setelah memperkenalkan varian smart #1 BRABUS, smart Malaysia cukup teruja untuk membuka laluan baharu dalam pasaran EV tempatan.

smart--1-BRABUS-(2).jpeg

“Dengan gabungan teknologi canggih, prestasi EV yang luar biasa dan keselesaan tanpa kompromi, model BRABUS adalah varian tertinggi bagi model pertama kami, iaitu smart #1.

“Penyertaan smart Malaysia di IEMS juga mempamerkan komitmen syarikat ke arah membantu Malaysia mencapai matlamat pelepasan sifar bersih jangka panjangnya. Kami mempunyai banyak lagi perkembangan menarik untuk diumumkan yang akan mentakrifkan semula pengalaman pemilikan EV," katanya.

IMG_0690.JPG

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga  Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Fadillah Yusof, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

image.png

Sebelum ini, pihak CariCarz.com berpeluang menyaksikan varian BRABUS di bilik pameran smart yang terletak di Hap Seng, Kuala Lumpur.

Kereta ini yang menampilkan rekaan seolah-olah Mercedes-Benz cukup sporty dan ia direka khas bagi mereka yang meminati kenderaan berprestasi tinggi.

Apa tidaknya, BRABUS merupakan sebuah kenderaan yang cukup berkuasa kerana mendapat tambahan dua tetapan motor di depan.

image.png

LUARAN

Bagi yang tidak tahu, barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia. 

Dari segi luaran BRABUS, adalah tidak sukar untuk membezakan Brabus #1 dengan adik-beradiknya yang berspesifikasi lebih rendah.

image.pngimage.png

Sebagai varian teratas, model Brabus mendapat aerokit Brabus yang eksklusif dengan sedikit warna aksen merah pada hud hadapan, bahagian saluran udara hadapan,  skirt sisi, serta spoiler belakang yang dipasang di atas bumbung.

Menjengah bahagian sisinya, ia menggunakan rim aloi Dynamo bersaiz 19 inci dan terdapat juga brek kaliper berwarna merah.

image.png

Bercakap mengenai merah, model Brabus juga mendapat dilihat banyak menerima aksen merah di bahagian luarnya, termasuk  pilihan rona dua tona yang ditawarkan.

Ini termasuk di bahagian penutup cermin sisi kereta, pemegang pintu yang tertera perkataan smart dan spoiler belakang. 

image.pngimage.png

Difahamkan, sekiranya anda memilih pilihan rona hitam dua tona, aksen merah tersebut akan digantikan dengan warna hitam Eclipse.

image.pngimage.png

Ia yang dibangunkan menggunakan platform EV SEA daripada Geely, iaitu platform sama yang digunakan oleh Volvo EX30, dijana dengan motor berkembar menjadikannya pacuan semua roda (AWD)

Ini menjadikannya pacuan AWD mampu menghamburkan  kuasa setakat 422 hp  (315 kW) dan tork 543 Nm.

Menerusi hamburan kuasa ini, BRABUS mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat manakala kelajuan maksimumnya ada 180 km/j. 

image.png

Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.

Ia yang  menyokong kadar pengecasan DC 150 kW, membuatkan baterinya penuh dari 10% hingga 80%hanya  dalam 29 minit, manakala jika menggunakan pengecasan AC 22 kW pula, ia mengambil masa dalam tiga jam.

image.png

Ketika penulis melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia dilengkapi dengan dalaman mewah yang menampilkan bahan premium.

Dari segi teknologinya, Brabus #1 mendapat ciri yang  sama dengan adiknya yang berspesifikasi rendah iaitu Premium.

image.pngimage.png

Ini termasuk bumbung matahari panoramic, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci di tengah, dan skrin instrumen bersaiz 9.2 inci bersama head-up display (HUD) berwarna 10 inci di bahagian pemandu.

image.pngimage.png

Turut dilengkapi ialah pad pengecasan wayarles,  Port USB-C untuk kedua-dua penumpang hadapan dan belakang, dan sistem audio premium Beats 13 speakers.

image.pngimage.png

Ia juga dilengkapi dengan trim dalaman 'BRABUS' yang eksklusif, manakala warna luarannya menawarkan tujuh kombinasi yang berbeza. 

Ini bermakna, jika anda memilih bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih daripada warna luaran Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver. 

Jika lebih berminat bumbung Hitam, ia boleh digabungkan dengan warna Digital White, Laser Red dan Cyber Silver. 

Tidak terkecuali warna  Atom Grey – Matte, yang turut mnerima bumbung berwarna badan.

Buat masa ini, anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan BRABUS – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.

Ia yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Xi'an, China, bakal memasuki pasarannya bersama varian #1 yang lain pada hujung tahun ini.

image.png

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi  Aplikasi Hello smart dan berpeluang menerima hadiah smart #1 Early Bird, yang terdiri daripada kredit pengecasan bernilai RM1,001.  

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPY6516

SELANGOR

BSK1152

JOHOR

JYK8645

PULAU PINANG

PRV5857

PERAK

APC4390

PAHANG

CFE1290

KEDAH

KGC9419

NEGERI SEMBILAN

NEH5778

KOTA KINABALU

SJN6176

KUCHING

QAB4991M

Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.02

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.22

+0.07

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart

smart Malaysia bekerjasama dengan CapitaLand mengadakan kempen cabutan bertuah untuk Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.”

17-03-2025
Berita Auto

Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000

Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.

03-10-2024
Berita Auto

Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan

smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.

04-09-2024
EV

smart Kini Ada Di Damansara

Fasiliti itu menyediakan pelbagai kemudahan.

18-04-2024
Kereta Baru

smart#1 Dah Boleh Tempah Hari Ini!

Bayaran tempahan akan dikembalikan jika tak jadi beli.

30-08-2023
EV

Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia

Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.

13-10-2022
EV

EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.

18-08-2022
Berita Auto

Beli smart #1 Sekarang, Ada Tawaran Istimewa

Kempen smart Ri-Ya sudah bermula.

14-03-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.