BMW i5 eDrive40 Berharga RM419,800

BMW Malaysia melancarkan secara rasminya, BMW i5 eDrive40 M untuk pasaran tempatan.
Jentera itu dilancarkan sempena pameran Premium Auto Care Expo (PACE) 2023 yang diadakan di Setia City Convention Centre di Shah Alam, pada minggu lepas.
Bagi yang berminat untuk membelim BMW i5 eDrive40 M dijual pada harga RM419,800 atas jalan tidak termasuk insurans.
Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan BMW i5 eDrive40 baharu.


“Ketibaannya juga seiring dengan ulang tahun yang ke-20 selain membuktikan kejayaan kami sebagai pengeluar Kenderaan Elektrik (EV) Premium Nombor Satu di Malaysia kerana sudah menyerahkan 1,600 unit melibatkan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun ini.
“Hari ini, kami meraikan detik bersejarah ini sebagai bukti kepada dedikasi BMW Malaysia untuk memacu usaha pengelektrifikasian ke hadapan di negara ini,”katanya.
Menurutnya, dengan pelancaran BMW i5 eDrive40, pihaknya bukan sahaja sedang meluaskan portfolio kenderaan BMW i, tetapi memperkenalkan inovasi-inovasi baharu yang akan lebih dekat ke arah alaf elektrik.
Menjengah bahagian luarannya, BMW i5 eDrive40 baharu hadir dengan ciri-ciri yang paling unik, dengan jalur LED vertikal yang menghiasi lampu hadapan.
Malah, gril “kidney” yang diilhamkan daripada rekaan “Sharknose” yang ikonik serta garisan kontur BMW Iconic Glow membuatkan jentera ini mencuri perhatian melalui penampilan eksteriornya.
Di bahagian belakang pula, ia menampilkan rekaan LED yang cukup langsing sekali gus memaparkan konsep rekaan yang unik,.
Ia turut menggunakan set roda 954 aerodinamik BMW Individual bersaiz 21 inci dalam bentuk Bicolour Jet Black.
Dari segi dimensi, BMW i5 eDrive40 baharu berukuran panjang 5,060mm, lebar 1,900mm dan tinggi 1,515mm, manakala jarak rodanya pula berukuran 2,995mm.
Berbanding model terdahulu, ia merupakan peningkatan sebanyak 97mm dalam ukuran panjang, 32mm dalam ukuran lebar, 36mm dalam ukuran tinggi, dan 20mm bagi jarak roda. U
Untuk ruang muatan pula, BMW i5 eDrive40 baharu menawarkan kapasiti seluas 490 liter.
Bagi mereka yang lebih berperwatakan sporty, Pakej M Sport memperkayakan lagi tarikan dinamik BMW i5 eDrive40 baharu dengan apron hadapan berciri aerodinamik, skirt sisi yang tampak garang, serta apron belakang dengan komponen peresap yang menawan.


Malah, suspensinya juga dinaik taraf dengan tambahan Adaptive Suspension Pro selain menampilkan penyerap hentak yang dikawal secara elektronik, lengkap dengan tetapan Sports dan Comfort.
Dari segi trenkuasanya, Model i5 eDrive40 menyediakan output maksimum 250 kilowatt (kW)/340 kuasa kuda, 430 newton-meter (Nm) dalam Sport Boost, memacu dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam 6.0 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 193km/j.
Apa yang menarik, setiap perjalanan bersama BMW i5 eDrive40 baharu juga dapat memberi kepuasan kepada pengguna dari sudut auditori disebabkan sistem Iconic Sounds Electric yang dirumus oleh penggubah muzik tersohor, Hans Zimmer.
Ia membekalkan maklum balas bunyi yang autentik serta mengadaptasi mengikut tetapan My Mode yang dipilih.
Beralih kepada pengegasan, jentera baharu ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 205 kW yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam masa 34 minit sahaja.


Ia turut menyokong pengecasan AC 11 kW melalui Wallbox Charger, yang membolehkan bateri dicas sehingga 100 peratus dalam masa 8 jam 15 minit.
Seperti biasa, ia juga menampilkan BMW Operating System 8.5, yang hadir dengan pelbagai inovasi digital seperti BMW Intelligent Personal Assistant, BMW Maps dan Digital Key Plus dengan teknologi radio Ultra Wideband (UWB).
Antara kelengkapan lain ialah, ia digandingkan dengan panel instrumen 12.3 inci serta Paparan Kawalan sentuh 14.9 inci, sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins, berserta 18 pembesar suara dan output amplifier berjumlah 655 watt.
.
Apa yang pasti, jentera ini sememangnya sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.


Ia termasuk Kawalan Jarak dengan fungsi Henti dan Mula, serta Bantuan Stering dan Kawalan Laluan untuk kemudahan pemanduan yang optimum.
Fungsi-fungsi lain yang didatangkan secara standard meliputi Bantuan Had Kelajuan automatik, kawalan laluan dan panduan navigasi aktif, Perlindungan Perlanggaran Sisi, Amaran Keutamaan Jalan dan Amaran Laluan Salah, serta Amaran Rentasan Trafik dengan fungsi pembrekan.
Bagi yang berminat, ia turut ditawarkan dengan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i5 eDrive40 baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,855.00 (berdasarkan pelan Easy Drive bertempoh 5 tahun dengan aras perbatuan 100,000 km pada nilai pinjaman sebanyak 80%).

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh menikmati Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM10,000 dengan membuat pendaftaran bagi Pembiayaan Easy Drive tersebut, menjadikan pelan ansuran bulanan pelanggan bermula daripada RM 4,677.00.
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Para pemilik jentera elektrik tulen BMW i5 eDrive40 yang baharu juga dapat menikmati Pengalaman
Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Untuk maklumat lanjut mengenai BMW i5 eDrive40, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat