ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Galaxy E8 Capai Hampir 700KM! Ini Dia Perincian Sedan Aerodinamik Geely

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-Galaxy-E8-15-1536x1037.jpg


Portfolio kenderaan elektrik (EV) Geely terus berkembang dengan pengenalan model Galaxy E8 yang terkini. Model ini diperkenalkan secara dalam talian sebelum pameran awam yang dijadualkan akan berlangsung di Auto Guangzhou 2023.


Galaxy E8 dibangunkan berdasarkan Platform Pengalaman Mampan (SEA) EV Geely sama seperti Lotus Emeya dan Polestar 4.


Geely-Galaxy-E8-7-1536x1037.jpgGeely-Galaxy-E8-3-1536x1037.jpg
Geely-Galaxy-E8-20-1536x1037.jpg


Galaxy E8 memiliki bentuk badan yang aerodinamik dengan pekali seret hanya pada  0.199 Cd 


Dari segi saiz, Galaxy E8 berkepanjangan 5,010 MM dengan jarak antara roda 2,925 MM, lebar 1,920 MM, dan tinggi 1,465 MM. Reka bentuk elegan model ini bukan sekadar sedap dipandang mata, tetapi juga demi meningkatkan tahap aerodinamik kereta, sekaligus membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dengan satu cas penuh. Jika dibandingkan dengan Mercedes-Benz EQS yang memiliki nilai pekali seret 0.202 Cd, Galaxy E8 pula lebih rendah,  0.199 Cd. 


Seperti kebanyakan EV moden lain, Galaxy E8 tidak mempunyai gril hadapan menjadikan gayanya lebih futuristik. Pada sudut sama terdapat lampu hadapan dan DRL yang seolah-olah ‘melihat’ dengan pandangan tajam. 


Elemen aerodinamik terserlah dari bahagian sisi yang direka rata dengan pemegang pintu jenis terbenam. Yang menariknya, Geely berjaya mencapai tahap aerodinamik yang tinggi tanpa perlu ‘menghilangkan’ cermin sisi dengan penggunaan kamera. 


Geely-Galaxy-E8-2-1536x1037.jpg


Profil sisi Galaxy E8 yang tampil ringkas membantu meningkatkan aerodinamik kereta


Geely-Galaxy-E8-23-1536x1037.jpgGeely-Galaxy-E8-22-1536x1037.jpg


Pencahayaan LED penuh digunakan pada bahagian hadapan dan belakang


Sama seperti bahagian hadapan, Galaxy E8, sudut ini turut diberikan sentuhan minimalis dengan satu-satunya bahagian yang menyerlah iaitu lampu belakang jenis LED dalam bentuk bar halus. Selain itu, sudut ini turut dilengkapi dengan elemen faux diffuser pada bahagian bampar bawah dalam kemasan hitam yang kontra dengan warna badan. 


Bergerak masuk ke dalam kabin, Galaxy E8 dipadatkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti paparan 8K dengan resolusi tinggi bersaiz 45 inci yang merentasi hampir keseluruhan papan pemuka. Kelengkapan lain ialah stereng sporty yang rata di bahagian bawah, pencahayaan ambien serta bumbung suria panoramik. 


Selain itu, konsol tengahnya diberikan sentuhan minimalis dengan hanya enam butang kawalan, satu kawalan jenis dial, pad pengecas tanpa wayar dan kotak simpanan. 


Geely-Galaxy-E8-1_result.jpg


Pada bahagian atas papan pemuka, terdapat skrin 8K bersaiz 45 inci


Geely-Galaxy-E8-4_result.jpgGeely-Galaxy-E8-3_result.jpgGeely-Galaxy-E8-5_result.jpgGeely-Galaxy-E8-6_result.jpg


Ciri menarik lain yang terdapat pada E8 ialah cermin tanpa bingkai, pencahayaan ambien serta konsol tengah yang ringkas dengan pad pengecas tanpa wayar


Dari segi mekanikal, Geely menawarkan  Galaxy E8 dengan dua pilihan kapasiti bateri lithium-ion fosfat (LFP) - 62 kWh dan 76 kWh. Varian asas menggunakan bateri berkapasiti lebih kecil dengan motor elektrik belakang tunggal berkuasa 272 HP, menjanjikan jarak EV maksimum sejauh  550 KM. Sementara itu, varian pertengahan pula menggunakan konfigurasi motor yang sama tetapi dengan bateri yang lebih besar meningkatkan jarak EV sekali cas hingga 665 KM.


Varian tertinggi menggunakan senibina elektrikal 800 Volt, membolehkan bateri 76 kWh menyalurkan tenaga kepada sistem dua motor, satu pada setiap gandar dengan ouput 224 HP (hadapan) dan 421 HP (belakang). Walaupun memiliki jumlah output yang lebih tinggi, jarak EV yang mampu dicapai tetap sama dengan varian pertengahan, 665 KM. 


Geely-Galaxy-E8-12-1536x1037.jpg


Bergantung kepada saiz bateri dan trenkuasa, Galaxy E8 boleh mencapai jarak perjalanan EV sehingga 665 KM


Apa pendapat anda tentang Geely Galaxy E8? Adakah anda berminat dengan model ini berbanding EQS, i7 atau e-tron GT? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah…



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Teknologi

04-03-2025
EV

16-02-2025
Global

24-01-2025
Global

22-01-2025
Global

17-01-2025

Berita Terkini

EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.