Model Coupe Mercedes-AMG GLE & Mercedes-Benz GLC Dilancarkan – Dari RM469K

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan dua model terkini iaitu Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ dan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, kedua-duanya dalam versi coupe. GLE Coupe ditawarkan pada harga daripada RM873,888. Sementara itu, GLC Coupe pula daripada RM469,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Teruskan membaca untuk mengetahui secara terperinci mengenai kedua-dua model ini.
CIRI MEKANIKAL


Bahagian enjin GLC (kiri) dan GLE (kanan)
Mercedes-Benz GLC Coupé menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder turbo hibrid ringan (MHEV) yang menghasilkan kuasa sebanyak 258 HP dan tork 400 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem pacuan semua roda 4Matic (AWD) dan transmisi automatik 9-kelajuan 9G-Tronic.
Menggunakan sistem ini, GLC boleh melakukan pecutan daripada 0-100 KM/J dalam masa hanya 6.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi (terhad) pada 250 KM/J, sama seperti pada model GLC 300 4Matic standard.
Sementara itu, model Mercedes-AMG GLE Coupé pula tampil lebih bertenaga, dikuasakan oleh enjin 3.0 liter 6-silinder sebaris, digabungkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) yang memberikan output 435 HP dan 560 NM.
Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem transmisi dua kelajuan dwi-klac AMG Speedshift dan sistem pacuan semua roda 4Matic+, pecutan dari 0-100 KM/J hanya mengambil masa 5 saat dengan had kelajuan elektronik dihadkan pada 250 KM/J.
GLE Coupé dilengkapi sistem suspensi AMG Active Ride Control+ dengan peredam adaptif.
REKA BENTUK LUARAN


Dari sudut luar GLC Coupé, pakej sport AMG Line memberikannya ciri tambahan yang menyerlah seperti rim 20 inci jenis jejari multi-spoke AMG, bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty serta aksen dan kemasan luaran yang kontra berwarna hitam berkilat. Di bahagian hadapan, gril Mercedes-Benz ikonik diapit oleh sepasang lampu hadapan Digital Light.


Dikemaskini untuk tahun model 2023, GLE 53 4Matic+ Coupe telah diberikan rekaan semula. Perubahan yang ketara dapat dilihat daripada sudut hadapan seperti pada bahagian lampu nyalaan siang (DRL) serta diberikan lampu depan LED Multibeam. Ruang depan turut menggunakan apron hadapan yang diperbaharui dengan komponen ambilan udara yang ekspresif. Sudut belakang turut tampil segar dengan lampu belakang LED yang diperbaharui serta sistem ekzos dua corong.
Ciri luaran menarik lain termasuk rim 22 inci jenis cross-spoke AMG dalam kemasan aluminium, dan pakej kemasan AMG Night dengan warna hitam berkilat.
RUANG KABIN
-full.jpg)

Kabin GLC (kiri) dan GLE (kanan)
Bergerak masuk ke dalam ruang kabin, gaya mewah GLC Coupé ini terserlah dengan kabin yang dikemaskan dengan balutan kulit Artico dan pelbagai elemen sporty AMG Line lain. Ruang ini turut sarat dengan teknologi canggih seperti skrin instrumen jenis LCD beresolusi tinggi 12.3 inci serta skrin tengah 11.9 inci dengan sistem MBUX. Hiburan di dalam kereta disempurnakan dengan sistem audio keliling Burmester.
-full.jpg)

Tempat duduk hadapan GLC (kiri) dan GLE (kanan)
Kelengkapan premium lain adalah termasuk pencahayaan ambien dalam kabin, larasan automatik untuk tempat duduk hadapan dengan fungsi ingatan, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan port cas USB-C.
Kabin bagi GLE Coupé pula tampil sporty dengan kemasan krom serta gentian karbon. Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik dan memiliki fungsi pemanasan, penyejukan dan memori. Kelengkapan lain ialah cahaya ambien, skrin digital MBUX, paparan-di-kepala (HUD) dan sistem audio Burmester.
CIRI KESELAMATAN
Dalam aspek keselamatan, GLC Coupé dilengkapi dengan pelbagai keselamatan seperti berikut:
-Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
-Perlindungan Kenderaan GUARD 360°
-Sistem Penggera Anti-Pencurian dengan pra-pemasangan untuk pengesanan perlanggaran
-Sistem Pemantauan Dalaman
-Pakej Parkir dengan kamera 360 darjah
-Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC
-Bantuan Titik Buta
-Bantuan Kekal Lorong Aktif
-Bantuan Brek Aktif
-Sistem PRE-SAFE®
-Pemantau Tekanan Tayar
-Penunjuk Status Tali Pinggang Belakang dalam paparan instrumen
-Penyahaktifan beg udara penumpang hadapan secara automatik -Pengimbas cap jari
-TIREFIT
GLC Coupé terbaru pula dilengkapi dengan sistem PRE-SAFE®, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong Aktif, dan Bantuan Brek Aktif. Perlindungan Kenderaan GUARD 360° menawarkan sistem pemantauan kenderaan secara menyeluruh. Ciri lain yang memudahkan pengguna ialah Pakej Parkir dengan kamera 360° dan Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC. Ciri keselamatan lain adalah seperti berikut:
-Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
-Pemantau dalam kenderaan
-Peringatan kehadiran penumpang pasif
-Bantuan Pengendalian Aktif
-Fungsi amaran keluar dan sebagainya
HARGA
Boleh ditempah melalui pengedar dan platform pembelian dalam talian MBM, GLC 300 4Matic AMG Line ditawarkan pada harga RM469,888. Sementara itu, Mercedes-AMG GLE 53 4Matic+ Coupe pula ditawarkan pada harga RM873,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge