Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?

Pelaksanaan semula projek HSR dijangka akan membawa impak ekonomi yang positif kepada Negeri Sembilan (Gambar hiasan)
Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik sebarang usaha dan perancangan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang sebelum ini dibatalkan.
IMPAK YANG POSITIF KEPADA EKONOMI
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyatakan bahawa pelaksanaan semula projek ini akan membawa impak ekonomi yang positif kepada Negeri Sembilan.
“Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan dan kerajaan negeri tidak pernah membatalkan tapak (stesen) dan jajaran sedia ada. Memang kita rancang sebuah bandar yang baharu di kawasan tersebut, memang ia merupakan satu perkara yang perlu disegerakan bagi memastikan pembangunan negara dan negeri lebih cepat dan saya yakin ia memberi manfaat kepada negeri ini.

Laluan HSR
Tambah beliau, “Ia perkara yang baik bagi memastikan bahawa rakyat mendapat kemudahan pengangkutan awam yang blebih baik dan maju dan kita berharap ini akan memudahkan hubungan di antara kedua-dua negara dan perhubungan di antara negeri yg ada di selatan ini.”
Seremban telah ditetapkan sebagai salah satu daripada tujuh lokasi stesen HSR, sebuah projek yang melibatkan pembinaan landasan di laluan berkepanjangan 52 kilometer di Negeri Sembilan, dengan stesen HSR Seremban yang dicadangkan akan terletak di Labu, Nilai.

CADANGAN PEMBIAYAAN
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura, baru-baru ini bertitah ingin menghidupkan semula projek HSR.
Baginda mencadangkan pembiayaan projek tersebut boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta, di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan selama 30 tahun, membolehkan kontraktor mendapatkan pulangan modal sebelum hak pemilikan dikembalikan kepada kerajaan.
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.
"Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.
"Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak, namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak," titah baginda.
KAJIAN SEMULA PROJEK
Mengulas mengenai perkara ini, Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM), Profesor Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata, sekiranya projek ini ingin dihidupkan kembali, kajian semula perlu dilakukan memandangkan kajian sebelum ini sudah lama dan pastinya berlaku banyak perubahan.
Sumber: Utusan, Sinar Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS4294
SELANGOR
BSU1650
JOHOR
JF1482J
PULAU PINANG
PSG380
PERAK
APL8421
PAHANG
CFH8954
KEDAH
KGJ3186
NEGERI SEMBILAN
NEM1578
KOTA KINABALU
SJU3825
KUCHING
QAB6843P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


