Harga BMW i7: RM729,800.

BMW Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menjual kereta elektrik baharunya, BMW i7 xDrive 60 M Sport pada harga RM 729,800.
Model yang diimport sepenuhnya cuma didatangkan dengan varian xDrive60 M Sport. Difahamkan jentera elektrik ini yang disumbat dengan dua motor elektrik (depan & belakang, AWD xDrive) mampu menghasilkan kuasa 544 hp dan 795 Nm tork.
Motor-motor elektrik berkenaan menerima kuasa dari bateri lithium-ion berkapasiti 101.7-kWj yang diletakkan pada bahagian lantai,
Ia mampu memecut dari 100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.7 saat dengan kelajuan maksima dihadkan secara elektronik pada 240 km/j.
Menerusi kitaran ujian realistik WLTP, ia dikatakan mampu bergerak sejauh 600 kilometer dengan satu kali cas penuh.

Menyentuh mengenai pengecasan, penggunaan pengecas pantas DC sehingga 195 kW menerusi penyambung CCS2 membolehkan ia cas dari 10-80% dengan sepenuhnya hanya dalam 50 minit.
Bagaimanapun, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan BMW Group Malaysia pada hari ini, syarikat itu tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai spesifikasi kabinnya.


Sebaliknya ia mungkin menyerupai kembarnya, 750e xDrive M Sport terutama di bahagian hadapan.
Dikatakan BMW i7 elektrik terbaharu ini didatangkan dengan bahasa reka bentuk BMW yang terkini. Ia dinamakan sebagai “Forwardism” untuk kelas mewah.

Lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow hadir dalam bentuk terbahagi di manakala bingkai gril ‘kidney’ pula agak menonjol.
Malah, terdapat pelbagai kelengkapan kelas pertama serta ambien yang bersofistikasi tinggi.
Adakah anda berminat untuk membeli BMW i7 ini?
Jika ya, ada berita baik untuk anda kerana BMW menawarkan program pembiayaan dinamik.
Program pembiayaan dinamik.

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik jentera elektrik BMW i7 xDrive 60 yang baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Apapun, harga jualan bagi BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu hadir dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
Untuk keterangan lanjut, Klik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX2667
SELANGOR
BSJ7361
JOHOR
JYK2824
PULAU PINANG
PRV2795
PERAK
APC1631
PAHANG
CFD9032
KEDAH
KGC7706
NEGERI SEMBILAN
NEH4781
KOTA KINABALU
SJN4203
KUCHING
QAB4298M
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000
iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
29-10-2025
GAC M8 PHEV Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 1,038 KM, Dari RM328,800
Segmen MPV mewah di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan rasmi GAC M8 PHEV.
27-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian
Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
20-10-2025
Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!
Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT.
14-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat


