Ini Dia Harga BMW X5 xDrive50e M Sport
-full.jpg)
BMW Malaysia akhirnya mengumumkan harga rasmi BMW X5 xDrive50e M Sport yang ditawarkan pada harga RM 486,800.
Bagaimanapun, harga yang diumumkan itu termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans).
Versi pemasangan tempatan (CKD) yang dikenali sebagai “The Boss” hadir dalam varian M Sport, dimana ia sekali gus menyertai barisan kenderaan premium keluaran BMW Group.


BMW Malaysia berkata, BMW X5 xDrive50e M Sport menerima beberapa penambahbaikan terutama dari segi prestasi dimana versi pemasangan tempatan itu menerima peningkatan kuasa serta jarak operasi elektrik.
BMW X5 xDrive50e M Sport yang menampilkan rangkaian kuasa PHEV membekalkan output gabungan berjumlah 489 hp serta tork bernilai 700 Nm.


Kuasa gabungan daripada enjin petrol enam sebaris 3.0 liter serta motor elektriknya membuatkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/) hanya dalam masa 4.8 saat.
Keupayaan elektrik PHEV ini turut melihat penambahbaikan selain menawarkan jarak operasi elektrik sejauh 110 km (WLTP) dan kapasiti pengecasan yang lebih baik pada 7.4 kW, dimana ia boleh dicas dari 0-100% hanya dalam tempoh 4.5 jam.

Dengan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X5 xDrive50e M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 6,014.00.
Harga itu adalah berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun selepas Rebat Tunai ‘Easy Drive’ berjumlah RM10,000 yang ditawarkan sehingga 31 Mac 2024 terpakai.

Namun ia bergantung kepada terma dan syarat.
Pemilik BMW X5 xDrive50e M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW .
• Servis Dalam Talian BMW.
Sementara itu, Inklusif Servis & Pembaikan BMW yang meliputi Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis pula RM41,300.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jentera ini, KLIK.
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive50e M Sport baharu atau layari laman sesawang: KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat