Chery Omoda E5, EV Cecah 430 KM Ini Bakal Dilancarkan Mac 2024

Chery Omoda E5 dijadualkan bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac 2024
Chery Malaysia dijadualkan akan melancarkan model elektriknya yang pertama, Chery Omoda E5, pada bulan Mac tahun ini. Sebelum pelancaran rasminya diadakan, SUV elektrik ini akan membuat penampilan dalam acara Chery Eco Run 2024 yang akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi.


Menjelang pelancaran rasminya, CariCarz berpeluang untuk melihat Omoda E5 dengan lebih dekat semasa acara khas pratonton media. Dibangunkan dengan beberapa ciri khas bagi pasaran Malaysia, model ini menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dengan motor elektrik tunggal yang menyalurkan kuasa sebanyak 201 HP dan 340 NM, membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa 7.6 saat.
-full.webp)
-full.webp)
Menggunakan bateri jenis 'Blade' LFP BYD berkapasiti 61 kWh, dengan cas penuh, Omoda E5 boleh mencapai jarak perjalanan EV sehingga 430 KM (WLTP). Sistem DCFC 80 kW membolehkan Omoda E5 dicas dari 30% hingga 80% dalam masa 30 minit, manakala kadar pengecasan AC dihadkan pada 9.9 kW.
Dari segi keselamatan, Omoda E5 dilengkapi dengan sistem ADAS terkini Chery yang termasuk kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan sistem mengikuti kenderaan pada kelajuan rendah, amaran pelanggaran hadapan (FCW) dan brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) bantuan kesesakan trafik (TJA) dan banyak lagi.


Chery Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Omoda E5
Dengan pengesahan tarikh pelancaran tentatif, Chery Malaysia juga turut telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk SUV elektrik Omoda E5 yang kini boleh dilakukan melalui laman web rasmi syarikat. Namun begitu, harga rasmi model ini masih belum diumumkan.

Bagi yang ingin melihat model ini lebih dekat lebih awal daripada waktu pelancarannya, sertai Chery Eco Run yang akan berlansung pada 7 Januari, 2024. Dianjurkan oleh Chery Malaysia dan Jom Run dengan tema “A New Journey To A New Green Life,” acara ini dijangka akan menarik lebih daripada 3,000 peserta.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1869
SELANGOR
BSS7356
JOHOR
JC4347J
PULAU PINANG
PSE6972
PERAK
APK6650
PAHANG
CFH4526
KEDAH
KGH5491
NEGERI SEMBILAN
NEL4381
KOTA KINABALU
SJT5404
KUCHING
QAB4036P
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
