Jualan Kereta Melonjak Tahun Lalu, Catat TIV Tertinggi

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah sebanyak 799,731 unit pada tahun lepas sekali gus merupakan TIV tertinggi dalam sejarah industri automotif negara.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain selepas taklimat media MAA mengenai prestasi TIV 2023 di Petaling Jaya, pagi tadi.

Menurutnya, pencapaian 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding jumlah TIV yang direkodkan pada 2022 iaitu sebanyak 721,177 unit.
"Faktor yang menyumbang kepada prestasi cemerlang pada 2023 itu adalah pemenuhan tempahan kereta bebas cukai yang diterima, sebahagian besar daripadanya adalah didaftarkan sebelum 31 Mac 2023.
"Selain itu, persekitaran sosiopolitik yang lebih stabil berikutan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) turut memberi kesan positif sekali gus memberikan ekonomi domestik yang berdaya tahan,” katanya.

Selain itu, beliau mengakui dengan pelancaran model baharu termasuk kenderaan elektrik yang dijual pada harga kompetitif turut menyumbang kepada jualan kereta.
Berdasarkan data yang diperoleh, jumlah pendaftaran kenderaan penumpang baharu pada 2023 meningkat kepada 719,160 unit daripada 642,157 unit pada 2022.
Melihat perbezaaan angka itu, terdapat peningkatan sebanyak 77,003 unit atau 12 peratus.

Peningkatan angka jualan itu adalah disebabkan prestasi jualan yang kukuh dua jenama kenderaan nasional iaitu PERODUA dan PROTON.
"Gabungan bahagian pasaran kedua-dua jenama itu meningkat kepada 66.9 peratus (481,300 unit) pada 2023 berbanding 65.1 peratus (418,045 unit) pada 2022.

“Bagi jenama kenderaan bukan nasional pula, ia mencatatkan jumlah jualan yang lebih tinggi sebanyak 237,860 unit atau pertumbuhan enam peratus berbanding 2022 iaitu sebanyak 224,112 unit," katanya.
Menyentuh mengenai kenderaan elektrik, beliau menyatakan bahawa jualan EV menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya

Jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) meningkat sebanyak 69 peratus, dimana 10,159 unit adalah kenderaan elektrik (EV) manakala 28,055 unit kenderaan hibrid.
Sehubungan itu, untuk tahun 2024, MAA menyasarkan TIV kepada 740,000 unit iaitu lebih rendah berbanding disebabkan situasi ekonomi semasa selain mengambil kira krisis global.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat