Kami Dah Uji Banyak EV, Ini 5 Model Yang Terbaik




Tahun 2023 yang telah meninggalkan kita beberapa hari lepas merupakan tahun yang cukup meriah dalam industri kenderaan elektrik (EV) tempatan. Bukan sahaja dari segi lambakan jenama dan model EV baharu tetapi juga pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV Malaysia.
Di CariCarz, kami telah diberikan peluang untuk menguji pelbagai EV baharu yang muncul di pasaran sepanjang tahun lalu. Setelah membuat penilaian secara terperinci dalam pelbagai aspek, dalam artikel kali ini kami kongsikan LIMA EV TERBAIK yang telah mencuri perhatian kami. Teruskan membaca…

1- BYD Dolphin – EV ‘Permulaan’ Yang Terbaik
Syarikat automotif China, BYD, telah melancarkan Atto 3 pada hari sama kedatangan rasminya di Malaysia, pada penghujung tahun 2022 yang lalu. Tidak lama selepas kejayaan jualan Atto 3, BYD telah memperkenalkan hatchback Dolphin pada bulan Julai 2023, dan EV kompak ini ternyata tidak mengecewakan.
Walaupun bersaiz kecil, Dolphin meninggalkan ‘kesan’ yang besar dalam jiwa kami kerana dinamik pemanduannya yang sangat baik dan seimbang untuk kedua-dua varian yang ditawarkan, Standard dan Extended Range. Selain itu, turut menarik perhatian kami ialah senarai kelengkapan yang ditawarkan, jarak perjalanan EV dalam dunia sebenar yang berjaya dicapai, dan juga keupayaan input pengecasannya.
Pendek kata, sekiranya anda sedang mencari sebuah EV untuk kegunaan bandar yang mempunyai segalanya dan tidak kisah tentang ketiadaan ciri mewah, maka anda patut mempertimbangkan Dolphin yang ditawarkan di pasaran pada harga sekitar RM100,000.

2- Volvo C40 & XC40 Recharge - Pakej 'Premium' Terbaik
Buat masa ini, kita boleh mengatakan bahawa golongan sasaran bagi pasaran EV tempatan masih agak terhad kepada mereka yang benar-benar berkemampuan. Kebanyakan EV yang diperkenalkan diposisikan sebagai ‘barangan mewah’ berdasarkan harga jualannya. Apa yang menariknya, harga jualan ‘premium’ EV biasanya terasa berbaloi dengan kelengkapan mewah dan ciri canggih yang ditawarkan. Antara model yang termasuk dalam kategori ini ialah Volvo XC40 Recharge dan C40 Recharge.
Walaupun merupakan jenama daripada negara Sweden, kedua-dua model ini dipasang secara CKD di Malaysia, membolehkannya diberikan pelbagai ciri premium untuk dijual pada harga yang masih berpatutan untuk pasaran tempatan. Pemasangan secara CKD membolehkan Volvo Cars Malaysia memanfaatkan insentif dan pelepasan cukai EV yang ditawarkan kerajaan.
Secara ringkasnya, Volvo C40 Recharge dan XC40 Recharge merupakan antara EV paling berbaloi dan sarat dengan ciri menarik yang termasuk sentuhan mewah pada pelbagai sudut, teknologi canggih dan reka bentuk Scandinavia yang elegan. Tidak cukup dengan itu, EV ini juga menggunakan trenkuasa hebat yang memberikan jarak EV dunia sebenar dan keupayaan pengecasan yang sangat memuaskan.

3. Hyundai Ioniq 6 Max RWD – Jarak EV Dunia Sebenar Terbaik
Walaupun kehadirannya ditenggelamkan oleh kedatangan salah satu jenama EV terbesar Amerika, Hyundai Ioniq 6 masih mendapat sambutan hangat di pasaran kita.
Hyundai Ioniq 6, khasnya varian Max RWD mencatatkan jarak perjalanan EV yang paling menakjubkan, serta angka prestasi yang baik. Model ini dibangunkan di atas senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, E-GMP, dengan pek bateri berkapasiti tinggi, 77.4 kWh, membolehkannya mencapai jarak EV 614 KM (WLTP). Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas DCFC sehingga 350 kW.
Berdasarkan ujian dunia nyata melalui sesi pandu uji kami tahun lalu, yang mana kami telah menempuhi perjalanan yang jauh menuju ke Ipoh, kami berjaya ‘memerah’ EV ini untuk mencapai jarak 450 ke 500 KM. Walaupun kira-kira 100 KM kurang daripada angka yang dinyatakan di atas kertas, ini adalah salah satu model EV dengan jarak perjalanan paling jauh yang berjaya kami capai berbanding EV lain yang telah diuji sepanjang tahun lalu.

4- BMW i4 eDrive40 M Sport – EV Dengan Kualiti Pengendalian Terbaik
Apabila membabitkan dinamik pemanduan, tiada yang mampu menyaingi jenama BMW. Walaupun model sporty baharunya, iX xDrive50, terbukti agak mengagumkan sebagai sebuah SUV crossover elektrik, namun ia tetap tidak mampu untuk bersaing dengan i4.
BMW i4 eDrive40 M Sport yang kami uji pada bulan Ogos 2023 adalah bukti bahawa BMW ‘tidak lupa asal-usulnya.’ Model ini ialah sebuah sedan yang memiliki semua ciri ‘tradisional’ BMW yang telah diperhalus dan diperbaik dengan penggunaan trenkuasa elektrik.
Melalui sesi pandu uji kami, inilah EV dengan kualiti pengendalian terbaik yang bukan dibangunkan sebagai sebuah kereta sports yang pernah kami uji setakat ini, sekaligus menjadikan model ini sebagai kayu pengukur untuk sedan elektrik lain dari segi dinamik pemanduan. Hanya satu yang mengganggu fikiran kami… ‘Hidung besar’ pada sudut depan i4.

5- GWM Ora Good Cat 500 Pro – EV Paling Menyeronokkan
Secara jujurnya, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi sewaktu diberikan peluang untuk menguji EV comel daripada GWM, Ora Good Cat. Kami telah diberikan varian tertinggi, 500 Pro dan sangkaan kami ternyata meleset.
Pertama sekali, jangan terpedaya dengan reka bentuk comel EV ini sebab Ora Good Cat sebenarnya seronok dipandu. Ini kerana ia menggunakan sistem motor elektrik FWD tunggal dengan kuasa 134 HP dan 210 NM dan platform L.E.M.O.N dibangunkan GWM yang terbukti hebat, membolehkan kami mendaki jalan bukit yang curam ke Genting, dengan empat orang dewasa memenuhkan kereta.
Dari segi jarak perjalanannya, di atas kertas, model ini dikatakan dapat menempuhi jarak sehingga 500 KM dengan kuasa yang dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti 63.1 kWh. Namun, sesi pandu uji kami membuktikan bahawa jarak EV dunia nyatanya adalah 350 KM (untuk pemanduan yang lasak).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQU7617
SELANGOR
BSP4197
JOHOR
JYV3106
PULAU PINANG
PSB5782
PERAK
APG8457
PAHANG
CFG2941
KEDAH
KGF4501
NEGERI SEMBILAN
NEK2047
KOTA KINABALU
SJR4854
KUCHING
QAB5981N
Terakhir Kemas Kini 26 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Honda CR-V 2.0 e:HEV RS – Model Sporty yang Jimat Minyak & Praktikal!
Honda CR-V 2.0 e:HEV RS merupakan SUV hibrid yang ditawarkan di pasaran sebagai ‘jawapan’ kepada permintaan terhadap kenderaan elektrik hibrid yang semakin meningkat. Adakah ini hanya sekadar model yang menjanjikan penjimatan bahan api atau lebih lagi?
01-10-2024
[PANDU UJI] 9 Sebab Mengapa smart #3 Brabus EV Sporty Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Ini pandangan jujur kami mengenai smart #3.
12-08-2024
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
[PANDU UJI] BMW i4 eDrive40 M Sport: Ini 7 Perkara Menarik Tentang EV Sporty Dengan 'Ngauman Enjin'
Ini pendapat jujur kami tentang BMW i4 eDrive40 M Sport.
14-11-2023
[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia
Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.
06-11-2023
[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?
Ini pendapat jujur kami tentang Honda Civic e:HEV RS dan kenapa ini varian Civic terbaik.
08-08-2023
[PANDU UJI] Hilux GR Sport: Trak Sporty Dengan Suspensi Padu
Ini ulasan jujur kami mengenai Hilux GR Sport.
23-07-2023
[PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu
Ulasan jujur CariCarz mengenai Toyota Corolla Cross GR Sport 2023.
03-07-2023
Berita Terkini
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat