Toyota bZ4X Akan Dilancarkan Suku Pertama Tahun Ini?

SUV elektrik, Toyota bZ4X telah dipertontonkan dalam satu acara eksklusif bersama media yang diadakan tahun lalu. Sumber dalaman kami memaklumkan bahawa SUV ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.
UMW Toyota Motor (UMWT) kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV elektrik, Toyota bZ4X untuk pasaran Malaysia. Toyota pertama kalinya mempertontonkan model ini dalam satu sesi eksklusif bersama media tahun lalu. Setelah beberapa bulan tiada khabar, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah rancangan UMWT untuk model ini.
Hari ini, CariCarz.com berpeluang untuk berbual dengan salah seorang sumber dalaman kami yang mendedahkan perkembangan terbaru bagi SUV elektrik ini. Menurutnya, UMWT kini sedang membuat persediaan bagi kemungkinan untuk melancarkan model ini di pasaran Malaysia. Tambahnya lagi, pelancarannya mungkin akan diadakan sekitar suku pertama (Q1) tahun ini, selepas perayaan Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun, sumber kami tidak mendedahkan anggaran harga jualannya sebaik ditawarkan nanti. Tekaan kami, bZ4x mungkin akan dijual pada harga yang kompetitif, tinggi sedikit berbanding pesaing, BYD Atto 3.



Dari segi reka bentuk, Toyota bZ4x kelihatan tegap dan futuristik dengan sudut-sudut tepi yang menonjol.
Kenderaan elektrik bateri penuh (BEV) pertama syarikat ini dibangunkan di atas platform EV, Toyota New Global Architecture (e-TNGA) dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 400V.

Model yang dipamerkan tahun lepas, merupakan unit yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion 71.4-kWh yang menyalurkan tenaga kepada motor tunggal yang memacu roda hadapan (FWD) menghamburkan kuasa sebanayk 201 HP (150 KW) dan 310 NM. Menurut Toyota, model ini boleh mencapai jarak maksimum sejauh 500 KM (WLTP) dengan sekali cas.


Dari segi pengecasan, bZ4X menyokong pengecas AC standard sehingga 6.6 kW dan pengecas pantas DC sehingga 150 kW. Menggunakan DC, bateri boleh mencapai kapasiti 80% daripada 0% dalam masa hanya 30 minit. Sementara itu, pengecas AC yang lebih perlahan pula lebih sesuai untuk pengisian semalaman.





Ruang kabin bZ4X diberikan banyak sentuhan premium, berbeza dengan model keluaran Toyota yang lain.
Ruang dalam SUV elektrik ini terasa lebih mewah berbanding kereta-kereta keluaran Toyota yang lain. Antara kelengkapan di ruang kabin ialah skrin digital untuk sistem infotainmen dan instrumen kluster. Skrin infotainmen yang digunakan bersaiz 12.3 inci dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Ciri lain ialah pad pengecas tanpa wayar, pendingin udara dua zon dengan corong pendingin udara bagi tempat duduk belakang, serta tempat duduk dalam balutan kulit faux.



Dari segi keselamatan, bZ4X didatangkan dengan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS). TSS yang terkini hadir dengan sistem pemanduan separa-autonomi tahap 2 sekaligus membuatkannya membuatkannya berjaya menandingi pesaing yang lain. Ciri keselamatan standard yang boleh dijangkakan adalah seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), brek kecemasan autonomi (AEB) dan banyak lagi.

Perincian lain mengenai model ini akan kami kongsikan pada masa akan datang sebaik terdapat perkembangan baru.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge