Pengeluar EV Diseru Jadikan Malaysia Hab EV ASEAN – Lokasi Strategik, Infrastruktur Canggih

Kereta elektrik, Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC dipasang secara CKD di Pekan, Pahang
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan negara ini sebagai hab untuk membekalkan dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang berkembang pesat di rantau ASEAN.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berikutan pasaran EV di ASEAN dijangka akan menunjukkan perkembangan yang pesat sebanyak 33% iaitu AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027 berbanding kira-kira AS$500 juta pada 2021.
Baca: Ramai Pengeluar EV Dapatkan Komponen Dari M'sia
"Malaysia menawarkan pelbagai faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kita sesuai untuk menyokong aspirasi global syarikat multinasional.
"Selain dari lokasi strategik, infrastruktur yang canggih, dan kestabilan undang-undang, kita juga mempunyai industri elektrik dan elektronik (E&E) yang kukuh yang telah memberi dorongan kepada sektor-sektor lain termasuk dalam bidang aeroangkasa, tenaga boleh baharu, dan EV," ujarnya.
![]()
Stellantis NV, pengeluar automotif global yang terkemuka, telah mengumumkan rancangan untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia menjelang tahun 2024.
Dari segi komersial, industri automotif mencatatkan prestasi yang kukuh pada tahun 2023, mencapai jumlah keseluruhan industri (TIV) hampir 800,000 unit. Dalam masa yang sama, penggunaan kenderaan elektrik (xEV) juga menunjukkan peningkatan daripada 2.77% TIV pada 2022 kepada 4.12% pada 2023.
Baca: Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun 2024?
Pendaftaran kenderaan elektrik bateri (BEV) penumpang pula meningkat daripada kira-kira 3,000 unit pada tahun 2022 kepada lebih 13,000 unit pada tahun 2023.

Kilang pemasangan kenderaan (Gambar hiasan)
Sebagai langkah persediaan untuk peralihan kepada kenderaan bersih, melalui Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, Tengku Zafrul menyatakan bahawa Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) menyasarkan untuk memperkasa pemain industri automotif tempatan melalui pelbagai insentif pelaburan untuk memasang atau mengeluarkan kenderaan hibrid dan EV.
Baca: Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG
"Kita juga menggalakkan kerjasama dengan peneraju industri global untuk menawarkan pengeluaran kenderaan tenaga bersih ke Malaysia dan memulakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan mereka di negara ini supaya kita dapat membangunkan lebih ramai pekerja tempatan berkemahiran tinggi dan menyokong lebih ramai vendor domestik," katanya.
Matlamat Sifar Bersih Nasional turut disokong oleh NAP 2020, dan antara lainnya adalah Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) 2023-2050.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat