ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K

Sofea Najmi

Kongsi melalui
Photo-3.jpg

Range Rover Evoque 2024 kini ditawarkan di pasaran dalam tiga varian iaitu Dynamic SE (Spesifikasi M), Dynamic SE (Spesifikasi H) dan Dynamic HSE (Spesifikasi Lux).


Diperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global pada bulan Jun 2023 dan dilancarkan di Malaysia pada Disember 2023, Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Perkara ini diumumkan oleh Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan minggu ini.


TIGA VARIAN RANGE ROVER EVOQUE 2024


Tiga varian diumumkan iaitu P200 Dynamic SE (Spesifikasi M), P250 Dynamic SE (Spesifikasi H) dan P250 Dynamic HSE (Spesifikasi Lux).


CIRI MEKANIKAL RANGE ROVER EVOQUE 2024


Ketiga-tiga model dikuasakan oleh enjin petrol 2 silinder berpengecas turbo Ingenium 2.0 liter yang membolehkan versi P200 atau Spesifikasi M mencapai 197 HP (200 PS)  dan 320 NM, dengan kemampuan pecutan 0-100 KM/J dalam masa hanya 8.6 saat. 

Sementara itu, versi P250 pula boleh mencapai output (246 HP) 249 PS dan 365 NM, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa 7.6 saat. 


Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik ZF sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda Driveline dengan Driveline Disconnect. 


KABIN RANGE ROVER EVOQUE 2024


Photo-7.jpg
Photo-6.jpgPhoto-8.jpg


Ruang kabin Range Rover  Evoque 2024


Bergerak masuk ke dalam kabin, beberapa ciri canggih baharu dipasangkan seperti skrin infotainmen boleh sentuh jenis melengkung Pivi Pro 11.4 inci terbaru JLR yang kini boleh dikemaskini secara over-the-air (OTA). Melengkapkan lagi sistem hiburan kereta, model ini dipasangkan dengan sistem audio premium Meridian 400 watt, ciri ini ditawarkan pada kesemua varian. 


Teknologi lain yang ditawarkan ialah kamera keliling 3D, pandangan lantai  ClearSight dan pandangan dalam kereta ClearSight untuk varian H dan Lux Spec. Selain daripada kesemua ciri yang dinyatakan, hanya perubahan kecil dibuat dari segi rekaan dan kelengkapan lain. 


BAHAGIAN LUAR RANGE ROVER EVOQUE 2024


Photo-4.jpg


Sudut hadapan Range Rover  Evoque 2024


Perubahan kosmetik terbesar Range Rover  Evoque 2024 dapat dilihat pada fascia hadapannya yang kini hadir dengan gril baharu. Bagi varian Lux, gril tersebut kini diapit oleh lampu hadapan Pixel LED yang lebih halus dengan gabungan lampu nyalaan siang (DRL) baharu. Turut diberikan perubahan pada varian tertinggi ialah bahagian aksen serta rim bersaiz 21 inci. 


HARGA JUALAN RANGE ROVER EVOQUE 2024


Range Rover  Evoque 2024 kini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM498,800 untuk P200 Dynamic SE (Spesifikasi M), RM529,800 untuk P250 Dynamic SE (Spesifikasi H) dan RM565,800 untuk P250 Dynamic HSE (Spesifikasi Lux). Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. 

Photo-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL2041

SELANGOR

BSS7396

JOHOR

JC4370J

PULAU PINANG

PSE7015

PERAK

APK6673

PAHANG

CFH4535

KEDAH

KGH5507

NEGERI SEMBILAN

NEL4387

KOTA KINABALU

SJT5412

KUCHING

QAB4045P

Terakhir Kemas Kini 17 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-12-2023
Global

21-06-2023
Kereta Baru

20-02-2024
Kereta Baru

21-12-2023
Kereta Baru

30-11-2023
Kereta Baru

20-10-2023
Pandu Uji

07-06-2023
Kereta Baru

28-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.