Selamat Tinggal MINI Clubman, Pengeluaran 55 Tahun Kini Ditamatkan
-full.jpg)
Kilang MINI di Oxford merakamkan saat bersejarah, pengeluaran MINI Clubman kini telah berakhir.
Kilang MINI di Oxford, UK mencatat satu detik penting baru-baru ini dengan penghasilan unit MINI Clubman terakhir. Ini menandakan penghujung bagi model dengan bukaan pintu belakang yang klasik.
Penghasilan model ini berakhir selepas pertama kali ia diperkenalkan, 55 tahun yang lalu pada tahun 1969 dan hampir dua dekad selepas Clubman “dilahirkan semula” pada tahun 2007 di bawah BMW. Kini, setelah 1.1 juta unit dihasilkan termasuk 550,000 unit semasa era BMW, pengeluarannya ditamatkan.
Baca: [PANDU UJI] Ini 8 Perkara Menarik Tentang MINI Electric Resolute Edition
Sejak “dilahirkan” lagi, MINI Clubman memiliki ciri tersendiri yang membuatkannya sebuah model kereta yang ikonik. Kereta berbadan panjang ini direka dengan pintu but belakang yang terpisah dua, menyerlahkan aura klasik Clubman.
-full.jpg)
Setelah tiga generasi, yang mana generasi pertamanya dikeluarkan antara tahun 1969 dan 1982, dan generasi kedua dan ketiga pula mula dihasilkan di bawah BMW pada tahun 2007.
MINI Clubman telah dibangunkan dalam tiga generasi berbeza. Generasi pertama dihasilkan antara tahun 1969 dan 1982 dengan hampir 600,000 unit dikeluarkan.
Model ini kemudiannya dihidupkan kembali sebagai generasi kedua dan ketiga di bawah BMW Group sejak tahun 2007. Untuk generasi kedua, BMW mengekalkan elemen ikonik pada model ini seperti rekaan bumbung yang panjang dan bukaan pintu but belakang yang sama. Namun kali ini, terdapat pintu bukaan belakang yang berasingan untuk memudahkan akses keluar masuk penumpang belakang, pintu ini akan terbuka ke bahagian belakang kerana engselnya di sudut tersebut (rear-hinged doors).
Namun ciri tersebut hanya ditawarkan untuk model pemanduaan sebelah kiri (LHD) dan tidak ditawarkan untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
Seterusnya pada tahun 2015, MINI Clubman direka dengan bukaan pintu belakang yang biasa, yang mana engselnya diletakkan pada sudut hadapan. Elemen klasik lain dikekalkan.

Setelah 1.1 juta unit Clubman dikeluarkan sejak tahun 1969, riwayat model ini ditamatkan.


MINI Clubman Edisi Terakhir telah diumumkan pada bulan April tahun lalu dengan hanya 1,969 unit dikeluarkan di peringkat global. Daripada jumlah tersebut hanya 20 unit mendarat di negara kita.
Menjelang penghujung riwayat MINI Clubman, BMW telah mendedahkan petanda awalnya dengan mengeluarkan MINI Clubman Edisi Terakhir pada bulan April tahun lalu. Model ini dikeluarkan dalam jumlah terhad, hanya 1,969 unit di seluruh dunia, angka yang menjadi simbol kepada tahun pengeluaran pertamanya.
Daripada jumlah tersebut, hanya 20 unit tiba di Malaysia pada bulan November tahun lepas, dan dijual pada harga RM318,888 tanpa insurans. Semakan laman web rasminya mendedahkan bahawa edisi keluaran terhad Clubman ini masih lagi ditawarkan dari harga RM303,388 (Cooper S, tidak termasuk waranti dan servis) dan RM362,358 (JCW, termasuk waranti lanjutan dan servis).
-full.jpg)
Teringin untuk memiliki sebuah MINI Clubman? Boleh klik tulisan biru ini untuk melihat senarai kereta yang kini ditawarkan oleh rakan pengedar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat