Chery M'sia Tembusi Pasaran Sabah

Ada berita baik untuk orang Sabah kerana Chery Malaysia baru sahaja membuka pusat pameran dan pusat servis Chery di Kota Kinabalu, Sabah.
Ia yang akan dikendalikan oleh rakan-pengedar Chery, Universal Chery Sdn Bhd terletak di atas tanah berkeluasan 1,400 meter persegi.
Pusat 3S baru ini menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.

Pusat servis ini mempunyai 8 ruang (bay) servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery,mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

Bercakap mengenai pembukaan fasiliti terbaharu itu, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pihaknya bangga kerana dapat memperluaskan rangkaian di seluruh Malaysia.
Ini memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki model Chery,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, Chery Malaysia menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan di Sabah.

“Kami juga ingin memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai pelanggan terutamanya di Sabah untuk memandu uji dan mengenali dengan lebih dekat lagi kenderaan Chery,”katanya.
Bagi yang tidak tahu, Chery Automobile Co., Ltd., pengeluar kereta utama berasal dari Wuhu, China, telah menjadi pemain penting dalam industri automotif sejak penubuhannya pada tahun 1997.
Jenama ini sebenarnya cukup terkenal dengan pelbagai kenderaan penumpang, SUV, dan kenderaan elektrik.
Malah, Chery telah memperoleh kedudukan yang penting di pasaran tempatan dan antarabangsa, mengeksport kenderaan ke lebih dari 80 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.


Chery telah menjadi jenama terkemuka di China dalam pasaran ekspot selama 21 tahun berturut-turut.
Berbalik kepada pusat pameran itu terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Pusat pameran itu dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin - Jumaat), 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti umum).
Sementara itu, pusat servis dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat) dan dari 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu); ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Chery, layari laman web https://www.chery.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat