Dalam 27 Minit, 50,000 Unit XIAOMI SU7 Sudah Ditempah

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama, Xiaomi SU7 untuk pasaran China, semalam.
Apa yang cukup menarik ialah pengeluar elektronik pengguna pintar terkenal itu sudah menerima 50,000 tempahan hanya dalam 27 minit sejurus ia dilancarkan.
Model paling asas ditawarkan pada harga serendah 215,900 Yuan (RM141,500) iaitu lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, Tesla Model 3.

Model asas disumbat dengan motor elektrik yang dipasang di gandar belakang (RWD) membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 295 hp dan tork 400 nm. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 73.6 kWj dimana ia boleh melakukan perjalanan sejauh 700 kilometer dengan hanya sekali cas.
Varian kedua ialah SU7 Pro dimana ia juga menerima motor RWD seperti varian asasnya namun ia didatangkan dengan bateri yang lebih besar iaitu 94.3kWj.
Maka, varian ini boleh melakukan pergerakan lebih jauh sekitar 830 km.

Sementara itu, varian teratasnya pula ialah SU7 Max, dimana ia dikuasakan dengan motor berkembar dan mampu menghasilkan kuasa setakat 663 hp dan tork 838 Nm. Varian ini dikatakan boleh memecut dalam masa 2.78 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 265 km/j.
SUV7 Max dilengkapi dengan bateri berkapasiti 101 kWj dan boleh bergerak sejauh 800 km.


Menurut pereka automatif legenda, Chris Bangle Xiaomi SU7 didatangkan dengan gaya badan saloon EV yang cukup Anggun.

Ia menampilkan isyarat penggayaan yang diilhamkan oleh pembuat supercar selain didatangkan dengan ciri reka bentuk EV yang agak tipikal.
SU7 yang sepanjang 4,997 mm, selebar 1,963 mm, setinggi 1,455 mm dan jarak roda pula 3,000 mm dilihat memiliki saiz yang sama seperti Porsche Taycan dan Audi e-tron GT.

Malah ia lebih besar daripada pesaingnya seperti BYD Seal dan Tesla Model 3.
Menjengah kabinnya, Xiaomi SU7 hadir dengan reka bentuk kabin yang cukup moden, dilengkapi dengan sistem infotainmen yang dikuasakan oleh HyperOS dengan keupayaan Internet of Things (IOT).
Buat masa ini, penghantaran untuk Xiaomi SU7 akan bermula pada hujung April depan dimana semuanya dipasang di kemudahan pengeluaran khusus Xiaomi.

Fasiliti itu menempatkan barisan pemasangan automatik sepenuhnya dimana satu kereta dipasang hanya dalam 76 saat.
Setakat ini, Xiaomi masih belum mendedahkan sebarang rancangan untuk mengeksport SU7 ke pasaran antarabangsa, di mana ia akan kekal sebagai pasaran domestik China yang eksklusif.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring
Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.
12-06-2025
Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport
Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?
11-02-2025
Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia
Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.
17-10-2024
"Takut" Jadi Punca Xiaomi Bangunkan EV, Ini Punca Ketakutannya...
CEO Xiaomi, Lei Jun, berkongsi kisah di sebalik pembangunan kereta elektrik yang telah dilancarkan.
29-07-2024
Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam
Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!
01-04-2024
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia
Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.
07-01-2026
Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring
Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.
12-06-2025
Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport
Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?
11-02-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
