Harga CBU OMODA E5 Cukup Murah, Patut Laku Keras!

Chery Malaysia mengesahkan bahawa Chery Omoda E5 akan dipasang secara tempatan untuk pasaran tempatan selewat-lewatnya suku kedua tahun ini.
Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pihaknya sememangnya berhasrat untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) buat Omoda E5.

“Buat masa ini, kami cuma melancarkan OMODA E5 dalam unit import sepenuhnya (CBU).
“Namun, kami juga akan melancarkan model CKD dalam tempoh terdekat ini mungkin suku kedua tahun ini. Tarikh akan diumumkan kemudian sebaik kami menetapkan Tarikh sebenar pengeluaran CKD untuk OMODA E5,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran OMODA E5 CKD di ibu negara, baru -baru ini.

Sementara itu, ketika ditanya berapa banyak unit CBU akan dibawa masuk sebelum model CKD dilancarkan, Wen Hsiang mengakui bahawa semuanya bergantung kepada berapa lama mereka boleh memulakan pengeluaran CKD Omoda E5, yang dilaksanakan di kilang Inokom di Kulim , Kedah.
Kilang ini turut digunakan untuk mengeluarkan model CKD untuk Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.
Ini bermakna unit pertama E5 yang akan dihantar kepada pelanggan di Malaysia adalah unit yang diimport sepenuhnya dari China bukannya seperti desas-desus yang menyatakan bahawa Malaysia akan menerima Omoda E5 buatan Indonesia.
OMODA E5 MURAH SANGAT?


Apa yang menjadi persoalan ialah sekiranya Chery Malaysia boleh memasang Omoda E5 secara tempatan, adakah harganya akan lebih murah berbanding model CBU yang dijual pada harga RM146,800?
Apapun, buat masa ini, Chery Malaysia tidak dapat mengesahkan atau menafikan sebarang perubahan harga untuk OMODA E5 versi CKD.

Dalam perkembangan sama, CariCarz.com ada bertanya mengenai harga yang diletakkan untuk OMODA E5 yang dilihat cukup murah berbanding EV jenama lain.
Wen Hsiang berkata, harga yang diletakkan itu adalah sebahagian daripada komitmen Chery Malaysia untuk para pelanggannya di Malaysia.
“Selain harga murah, ia adalah komitmen kami untuk mendapatkan semula keyakinan para pelanggan kami,” katanya.
Bagi yang tidak tahu mengenai butiran OMODA E5, Chery Malaysia baru Sahaja melancarkan OMODA E5 versi CBU ke pasaran tempatan dengan harga jualan serendah RM146,800.

OMODA E5 mampu menghasilkan kuasa setakat 201 hp dan 340 Nm. Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.
Biarpun, ia baru sahaja dilancarkan namun Chery Malaysia mengakui tempahan ke atas model baharu ini dilihat cukup menggalakkan.
Namun pihaknya, tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai angka tempahan yang sudah dibuat setakat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7181
SELANGOR
BSQ8573
JOHOR
JYY8042
PULAU PINANG
PSD1475
PERAK
APJ2670
PAHANG
CFG7947
KEDAH
KGG5327
NEGERI SEMBILAN
NEK6701
KOTA KINABALU
SJS4390
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat