ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik Inspirasi Sains Fiksyen, XPeng G6, Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-Bauto-(T).jpeg


BAuto baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik XPeng di Malaysia.


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pengedar kenderaan pelbagai jenama tempatan, Bermaz Auto Bhd (BAuto) telah dilantik oleh jenama EV China, XPeng, sebagai pengedar rasminya untuk pasaran Malaysia. Dengan firma automotif ini akan memegang jenama XPeng di Malaysia, kita boleh menjangkakan beberapa EV jenama tersebut akan membuat kemunculan di pasaran tempatan tidak lama lagi.


XPeng-G6-EVSUV-2.JPGXPeng-G6-EVSUV-6.JPGXPeng-G6-EVSUV-4.JPGXPeng-G6-EVSUV-7.JPG


Salah satu model yang boleh kita jangkakan akan diperkenalkan di sini ialah XPeng G6. Model yang menjadi pesaing Tesla Model Y di pasaran China, G6 merupakan SUV EV bersaiz sederhana dengan reka bentuk badan coupe crossover yang diinspirasikan daripada sains fiksyen. Ciri menarik model ini dapat dilihat daripada rekaan lampu hadapan jenis LED-nya yang memanjang, dibahagikan oleh logo X, serta cladding bawah badan yang berkonsep minimal. Ciri lain ialah pemegang pintu jenis terbenam, bumbung panoramik yang luas. 


XPeng-G6-EVSUV-3.JPG

 

G6 diberikan beberapa elemen yang membantu meningkatkan kemampuan aerodinamik seperti spoiler belakangnya. Model ini mempunyai pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.248 Cd, sekaligus meningkatkan prestasinya. 


XPeng-G6-EVSUV-10.JPGXPeng-G6-EVSUV-8.JPG


XPeng G6 memiliki ruang kabin berkonsep minimal, dengan ruang yang luas.


Ruang kabin XPeng G6 diberikan sentuhan minimal. Di hadapan terdapat skrin hiburan terapung bersaiz 15 inci, selain itu, terdapat kluster instrumen digital yang halus, terletak di bawah stereng. Ciri lain ialah dua tempat duduk hadapan adalah berpengudaraan dan automatik. Dengan jarak antara roda berukuran 2,890 mm bermaksud model ini memiliki ruang kabin yang luas.


XPeng-G6-EVSUV-5.JPG


XPeng G6 menggunakan platform EV SEPA 2.0 terkini, memberikannya senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt.


Dari segi mekanikal, XPeng G6 dibangunkan berdasarkan platform senibina EV SEPA 2.0 terkini daripada XPeng, yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah tuangan beracuan (die-casting) aluminium untuk ketegaran yang lebih baik tanpa memberi kesan kepada berat badan kereta. Casis ini juga diberikan talaan oleh pasukan jurutera daripada Jerman, menjanjikan prestasi yang sporty. 


XPeng-G6-EVSUV.JPG


Dua pilihan ditawarkan iaitu versi dengan satu motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang (RWD) dengan output 292 hp (218 kW) dan 440 Nm, dan versi lebih tinggi, dengan dua motor yang dipasang pada gandar hadapan dan belakang (AWD) dengan output lebih tinggi, 480 hp (358 kW) dan 660 Nm.


Varian asas menggunakan bateri LFP 66 kWj dengan jarak EV maksimum 580 km (CLTC), manakala varian lebih tinggi, menggunakan bateri nikel  mangan kobalt (NMC) 87.5 kWj yang memberikan julat CLTC lebih panjang sehingga 755 km. Kedua-duanya datang dengan senibina bateri 800 volt, yang menerima pengecas DCFC sehingga 480 kW.


XPeng-G6-EVSUV-11.JPGXPeng-G6-EVSUV-12.JPG


SUV elektrik XPeng G6 diperkenalkan semasa Shanghai Auto Show tahun lalu.


Menurut CarNewsChina, XPeng G6 kini dijual bermula daripada harga CNY 239,900 (~RM156,831) di pasaran China untuk varian asas, RWD 590 Pro, tanpa sebarang pilihan tambahan seperti sistem pemanduan kendiri XNGP dan banyak lagi. XPeng merancang untuk melancarkan G6 di beberapa pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Hong Kong dan UK, serta beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Singapura, dan juga Malaysia.


XPeng-G6-EVSUV-13.JPG



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4671

SELANGOR

BST7691

JOHOR

JE4152J

PULAU PINANG

PSF6224

PERAK

APL5361

PAHANG

CFH7574

KEDAH

KGJ1578

NEGERI SEMBILAN

NEL8942

KOTA KINABALU

SJU1594

KUCHING

QAB5782P

Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Global
Berita Auto
EV

15-03-2024

Berita Terkini

EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.