ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bentley Continental GT Azure Kini Di Malaysia – Dari RM2.976 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

LowRes_0M2A6204.jpg


 Bentley Continental GT Azure.


Bentley Kuala Lumpur (Wearnes Quest Sdn Bhd) telah menyambut kedatangan Bentley Continental GT Azure, melengkapkan rangkaian model khas, Azure, yang hadir dengan pelbagai elemen penting demi keselesaan pemandu dan penumpang. 


Untuk makluman pembaca, Azure merupakan satu barisan produk daripada Bentley dengan kabin yang direka khas agar dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna, serta dilengkapi dengan pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) yang lengkap.


Varian Azure ditawarkan dalam kesemua lima model terkini Bentley seperti Bentayga, Bentayga EWB, Flying Spur, Continental GT dan Continental GT Convertible.


LowRes_0M2A6194.jpgLowRes_0M2A6208.jpgLowRes_0M2A6167.jpg


Bentley Continental GT Azure menjanjikan dinamik pemanduan dan tahap keselesaan yang lebih baik. 


Untuk varian Azure, Continental GT menerima sistem kawalan anti-olengan aktif 48 volt yang  berfungsi bersama-sama dengan spring udara three-chamber, yang membuatkan kabin bertambah selesa. Teknologi ini dapat mengurangkan kesan olengan di dalam ruang kabin kereta. 


Sistem ini berfungsi dengan dengan memutuskan hubungan antara bar anti-olengan secara elektronik apabila diperlukan. Ia juga boleh mengeluarkan sehingga 1,300 Nm tork anti-olengan dalam hanya 0.3 saat semasa di selekoh. Teknologi ini berfungsi selari dengan spring udara three-chamber, menjadikan casis lebih selesa dan dinamik. 


LowRes_0M2A6430.jpgLowRes_0M2A6409.jpgLowRes_0M2A6391.jpgLowRes_0M2A6467.jpg


Continental GT Azure diberikan lebih banyak ciri mewah dan keselesaan berbanding Continental GT. 


Di dalam kabin, setiap inci Continental GT Azure diberikan perhatian, sarat dengan pelbagai ciri mewah dan kelengkapan yang memberikan keselesaan maksimum kepada pemandu dan penumpang. Kemasan pada pelbagai sudut kabin dihasilkan menggunakan tangan, selain itu varian ini turut diberikan bumbung suria panoramarik. 


Logo Azure dipamerkan pada papan pemuka, treadplate bercahaya dan tempat duduk. Tempat duduk model ini sangat sedap dipandang dengan upholsteri jahitan quilt. Pelanggan boleh memilih daripada 15 warna kulit dan veneer kayu yang ditawarkan sebagai kemasan kabin mengikut citarasa masing-masing. 


LowRes_0M2A6326.jpg


Secara visual, varian Azure diberikan logo khas Azure pada fender hadapan, menggunakan rim 22 inci dengan 10 jejari dan gril bampar bawah dalam warna krom terang. 


Model ini dikuasakan oleh enjin turbo kembar V8 4.0 liter dengan output 542 hp dan 770 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui transmisi automatik DCT 8 kelajuan. 


LowRes_0M2A6285.jpg


Enjin bagi varian Azure diletakkan lebih jauh ke belakang untuk agihan berat yang lebih baik, demi keselesaan dan dinamik pemanduan yang optimum. Masa yang diambil untuk melakukan pecutan 0-100 km/j hanyalah 4.0 saat dengan kelajuan tertinggi dihadjan pada 318 km/j. 


Baca: Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta


Continental GT Azure ditawarkan pada harga yang bermula dari RM2,976,000 tidak termasuk insurans, kos atas jalan dan aksesori atau pilihan tambahan lain. Tertarik? Boleh kunjungi Bentley Kuala Lumpur hari ini. 

LowRes_0M2A6131.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL9463

SELANGOR

BST670

JOHOR

JC7563J

PULAU PINANG

PSE8794

PERAK

APK8114

PAHANG

CFH5015

KEDAH

KGH6394

NEGERI SEMBILAN

NEL5130

KOTA KINABALU

SJT6242

KUCHING

QAB4297P

Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

18-06-2025
Kereta Baru

27-04-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

30-05-2024
Kereta Baru

30-04-2024
Berita Auto

09-02-2024
Kereta Baru

08-06-2023
Kereta Baru

04-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.