Bentley Menang Tiga Anugerah Di Tiga Negara, AS, UK, Jerman

Sebaik melangkah tahun 2022, grand tourer Bentley Continental GT berjaya merangkul tiga anugerah di tiga pasaran utama baru-baru ini.
Tiga pasaran utama itu melibatkan Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Jerman.
Continental GT menerima anugerah Car of the Year daripada majalah automotif, Robb Report buat kali ketiga sejak ia dilancarkan di AS pada tahun 2004.

Penyampaian anugerah itu diadakan di Napa, California dan Boca Raton Florida selepas ia berjaya menewaskan 10 jenama kenderaan lain.
Para panel penilai terdiri daripada 178 pembaca termasuk kakitangan lidah pengarah automotif Robb Report yang menilai kereta-kereta yang bersaing menerusi lima kategori.
Hasil penilaian itu merangkumi penampilan, prestasi, elemen kemewahan, keselesaan dan faktor wow.

Begitupun, model berkenaan dikatakan dipuji oleh panel hakim Robb Report mengenai tahap tertinggi prestasi dan kemewahan jentera itu.
Ia disifatkan sebagai satu lompatan kuantum daripada versi asalnya.

Mereka juga menyifatkan bahawa jentera empat roda itu menawarkan kesemua perbezaa di dunia.
Jentera berkenaan nyata menawarkan kegembiraan pada setiap selekoh dan setiap tekanan pedal.
Jentera itu kemudian merangkul anugerah kedua “ Car of the year 2022” daripada majalah dan laman web automobil UK, WhatCar .
Ia juga turut menerima gelaran “Best High End Coupe”.

Menurut WhatCar, Continental GT adalah kombinasi kepantasan yang tiada tolok tandingan.
Bentley kemudian merentasi negara Jerman untuk mendapatkan anugerah ketiganya dimana Continental GT dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori jentera berkelas mewah menerusi anugerah “Kereta Terbaik”.

Bagi menentukan keputusan terakhir, lebih 10,000 pembaca terlibat dalam pengundian ke atas 12 kategori yang membabitkan sejumlah 386 model.
Dikatakan, generasi ketiga Continental GT melambangkan kemuncak kejayaan reka bentuk dua pintu yang memenangi anugerah termasuk kejayaan kejuruteraan Bentley.

Ia juga memaparkan kecanggihan reka bentuk abstrak yang kuat dan tajam kerana material dan reka bentuk Continental GT digabungkan dengan hasil karta cukup menakjubkan.
Dengan pilihan trenkuasa, ia menawarkan palet warna paling meluas di dunia dan pilihan dalaman dan konfigurasi unik yang hampir terhad.
![]()
Secara ringkasnya, pengeluaran Continental GT menghasilkan 85,000 contoh sampel setakat ini.
Malah, pada masa ini terdapat 56 bilion cara untuk pelanggan menentukan Continental GT.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat