ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Pekerja Tesla Terkejut Dihentikan Tiba-Tiba

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Tesla-Cybertruck-Malaysia-29.jpg


Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla, telah mengumumkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran termasuk di dua pasaran utamanya, iaitu  Amerika Syarikat (AS) dan China.


Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberitahu kakitangan syarikatnya bahawa lebih daripada 10% tenaga kerja globalnya diberhentikan ekoran penurunan jualan dan persaingan harga yang semakin sengit dalam industri EV.


Tesla-Lay-Off-(5).jpg



Di AS, beberapa pusat perkhidmatannya telah memecat ramai kakitangan secara serta-merta terutamanya mereka yang terlibat dalam aktiviti jualan serta juruteknik. Menurut laporan sumber yang lain, satu lokasi telah memecat semua kakitangan barisan hadapan.


Seorang pengurus program Tesla di California telah mendedahkan di LinkedIn senarai nama lebih daripada 140 kakitangan yang dihentikan dan kebanyakan daripada mereka ialah jurutera.


Tesla-Lay-Off-(3).JPG


Turut terlibat dalam pemberhentian besar-besaran kali ini ialah kakitangan utama Tesla, eksekutif Rohan Patel dan Drew Baglino, yang disahkan melalui kehilangan logo khas "Tesla" daripada profil Twitter mereka. 


Pengguna X (Twitter) @BrotherNature, yang juga merupakan salah seorang kakitangan yang telah dipecat, mendedahkan bahawa ramai yang pergi bekerja tanpa memeriksa emel mereka kerana emel pemberhentian tersebut dihantar pada kira-kira pukul lima pagi. Beliau juga meluahkan ketidakadilan perjanjian yang melarang pekerja Tesla daripada bekerja dengan pengeluar kenderaan lain selepas meninggalkan syarikat.


Tesla-Lay-Off-(2).jpg


Di China, kakitangan jualan Tesla telah dimaklumkan bahawa perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan, dengan lebih 10% daripada mereka telah diberhentikan.


Sumber ketiga menyatakan bahawa di kilang terbesar Tesla di Shanghai, hanya sebilangan kecil kakitangan akan dihentikan.


Pihak pengurusan Tesla di Jerman telah menyangkal laporan daripada media tempatan negara tersebut yang menyatakan bahawa 3,000 daripada kira-kira 12,000 pekerja pembuat kereta tersebut telah dipecat, dan menyatakan bahawa mereka sedang menilai cara terbaik untuk melaksanakan arahan Musk di kilang tersebut.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW5529

SELANGOR

BSP6787

JOHOR

JYV9728

PULAU PINANG

PSB9375

PERAK

APH2157

PAHANG

CFG4096

KEDAH

KGF6747

NEGERI SEMBILAN

NEK3085

KOTA KINABALU

SJR7235

KUCHING

QAB7108N

Terakhir Kemas Kini 07 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.