Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano

Sejak penampilan sulungnya di peringkat global pada minggu lalu, Alfa Romeo Milano telah menjadi tajuk utama di semua laman berita automotif.
Ia bukan sahaja model elektrik yang pertama sebaliknya ia juga model peringkat permulaan.
Bagaimanapun, nama Alfa yang dipilih untuk SUV peringkat permulaannya dianggap tidak sesuai sehingga mendorong pembuat kereta itu memilih nama lain.
Dikhabarkan, kerajaan Itali melarang ia memasarkan produk dengan nama kedengaran Itali yang tidak dibina di negara berkenaan.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Industri Itali, Adolfo Urso bahawa Alfa Romeo tidak boleh menggunakan nama Milano kerana model berkenaan tidak dibuat di Itali.

Sebaliknya, SUV subkompak tersebut dikeluarkan di kilang Stellantis yang terletak di Poland.
Jadi, Alfa Romeo terpaksa menggugurkan nama Milano daripada model peringkat permulaan dimana model tersebut kini dikenali sebagai Alfa Romeo 'Junior'.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alfa Romeo Jean-Philippe Imparato berkata, pemilihan nama Alfa Romeo Junior adalah semula jadi kerana ada kaitan dengan sejarah jenama dan menjadi kereta kegemaran orang ramai.
"Kami memutuskan untuk menukar nama, walaupun kami tahu bahawa kami tidak perlu berbuat demikian kerana kami mahu mengekalkan emosi positif selain mengelakkan sebarang kontroversi," katanya.

Untuk makluman anda, ini bukan kali pertama sebuah kereta Alfa dinamakan Junior, memandangkan terdapat GT 1300 Junior Coupe yang dikeluarkan pada tahun 1966.
Model itu disasarkan kepada golongan muda dan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.
Alfa berpendapat ia merupakan satu strategi terbaik untuk menamakannya sebagai Junior untuk model peringkat permulaan dengan harapan ia mengikuti jejak langkah kejayaan GT 1300 Junior.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000
Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.
20-11-2025
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual
Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.
30-07-2025
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022
Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.
27-12-2021
Berita Terkini
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
