Subaru BRZ Cup Guna Rim Besi Tapi Bukannya Spec Kosong

Walaupun Subaru BRZ Cup Car Basic bajet ini cuma dilengkapi dengan rim besi namun jangan salah sangka ia sebenarnya bukanlah kereta spec kosong.
Pembuat kereta Jepun ini dilihat terus memancing peminatnya dengan membawa masuk BRZ Cup Car Basic.
Dikhabarkan, model ini sebenarnya khas untuk mereka yang mencari kereta projek atau kereta trackday.

Untuk itu, ia dipasang dengan rim besi 16-inci dengan tayar 205/55 biasa, kerana Subaru tahu para pembeli akan menukar sebaik sahaja kereta dibeli.
Pada bahagian dalaman pula, BRZ Cup Car Basic ini tidak diberikan beg udara sisi dan juga beg udara tirai tepi. Malah, tiada juga penebat bunyi.
Namun ia bukannya model kosong sebaliknya tempat duduk pemandunya telah dinaik taraf dengan roll cage 6 poin bagi meningkatkan keselamatan.

Selain itu, antara perubahan yang dilakukan ialah penambahan Eyesight Advanced Driver Assistance System (ADAS), yang kini menjadi standard pada semua model BRZ.
Menurut Subaru, kesesuaian roll-cage menjadikan ia sebagai pelindung matahari manakala penghawa dingin bahagian sisinya tidak dapat digunakan.
Di bawah hud, Subaru ini menggunakan enjin 2.3 liter dimana ia menghasilkan kuasa setakat 232 hp dan tork 250Nm.

Selain itu, Cup Car Basic ini dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan sahaja.
Untuk makluman, Subaru BRZ Cup Car Basic dijual pada harga RM115, 830 di Jepun.
Sebagai rujukan, pengedar Motor Image menawarkan Subaru BRZ pada harga RM245,249 Subaru 6MT, manakala RM259,245 (6AT) ketika ia dilancarkan pada tahun 2022.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru BRZ tS Tiba Di AS Dengan Suspensi Talaan STI & Brek Brembo
Amerika Syarikat kini menerima varian baharu, Subaru BRZ tS. Ini spesifikasinya...
25-07-2023
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
