Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Penyedia pengecas kenderaan elektrik (EV), ChargeSini, Sunway Group dan Huawei Technologies (Huawei Malaysia), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan lebih banyak pengecas EV di premis milik Sunway termasuk bangunan komersial dan kawasan kediaman di seluruh negara.
Ketiga-tiga pihak itu memeterai perjanjian berkenaan pada Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada minggu lepas.
Mereka akan memanfaatkan kelebihan dan kepakaran masing-masing untuk membangunkan infrastruktur pengecas EV di Malaysia.

Menerusi kerjasama itu, ChargeSini akan bekerjasama dengan Sunway untuk mengenal pasti lokasi strategik untuk pemasangan stesen pengecas EV di perbandaran bersepadu Sunway.

Huawei Malaysia pula akan bertindak sebagai penasihat teknologi semasa pembangunan, memproses dan menyediakan sokongan perkhidmatan selepas jualan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading and Manufacturing. Yeoh Yuen Chee berkata, pihaknya cukup berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Huawei Malaysia dan ChargeSini untuk membangunkan dan menjadikan stesen pengecas EV mudah didapati dan diakses di seluruh negara.
“Kami yakin dengan kerjasama strategik ini bersama Huawei Malaysia dan ChargeSini, ia akan menyumbang kepada pembentukan yang lebih mampan dan mesra alam pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Sunway ada menyuarakan komitmen mereka untuk memajukan agenda pembangunan mampan serta untuk merealisasikan aspirasi untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ChargeSini, James Goh berkata, pihaknya juga berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Sunway dan Huawei Malaysia.

“Dengan memanfaatkan teknologi canggih Huawei Malaysia dan Sunway yang berprestij, ChargeSini komited untuk mencipta rangkaian pengecasan EV yang cekap yang akan memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
“Inisiatif ini sebenarnya menekankan komitmen kami untuk memupuk bandar yang mampan, mengurangkan pelepasan karbon dan memacu ke arah Misi Sifar Bersih Malaysia 2050,” ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Huawei Aito M9 Hanya Ada Di China
Huawei mendedahkan SUV perdana terbaharunya yang dikenali sebagai Aito M9.
29-12-2023
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.
05-11-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat