ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

9c138665-0171-530a-a1d8-cb7b26250000.jpg


SUV gergasi, GWM Tank 500, baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) yang dijalankan berdasarkan protokol ujian terkini bagi tempoh 2023-2025


GWM Tank 500 lulus dalam setiap fasa penilaian yang ketat dengan skor yang tinggi. Mata maksimum diberikan untuk tahap perlindungan yang ditawarkan kepada penumpang dewasa dan kanak-kanak dalam ujian impak sisi.


bd8e069e-8d59-5f05-bca0-f701c2050000.jpg


ANCAP menjelaskan bahawa GWM Tank 500 memperoleh skor 93% dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak. Skor tersebut diterima kerana kehadiran sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak secara terus (CPD), yang merupakan ciri yang digalakkan ANCAP, tetapi tidak diwajibkan, sejak tahun 2023.


Sistem yang dipasang dalam Tank 500, SUV bersaiz besar dengan tiga baris tempat duduk ini dipasangkan dengan pelbagai sensor di dalam kenderaan untuk mengesan pergerakan fizikal dan pernafasan bagi mengesan kehadiran kanak-kanak yang mungkin ditinggalkan di dalam kenderaan setelah ia dikunci.


Apabila pergerakan dikesan, CPD akan memberi amaran kepada pemandu dengan membunyikan hon dan mengeluarkan notifikasi melalui telefon bimbit dan e-mel. "Ini adalah salah satu sistem yang paling canggih pernah dinilai oleh ANCAP setakat ini," catat badan tersebut.


466ed6ef-18a2-57ac-9175-40eb29d50000.jpg


Tank 500 buat masa ini ditawarkan di Indonesia, Thailand dan Australia. 


Dalam aspek lain, GWM Tank 500 berjaya mencatatkan skor tinggi dalam ujian mengelak perlanggaran, hasil daripada pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) lengkap yang disediakan termasuk sistem brek kecemasan autonomi (AEB) dan sistem sokongan lorong.


607d4682-d63f-52b1-aed4-abcd95650000.jpgd4e247b5-fee7-5734-949d-dcdb7b550000.jpg


Namun ini tidak bermakna Tank 500 ‘sempurna’ tanpa sebarang kekurangan, kerana SUV ini tidak dilengkapi dengan cangkuk penambat atas (top tether anchor) di barisan tempat duduk ketiga yang menjadikannya tidak sesuai untuk meletakkan kerusi khas kanak-kanak. 


Kelemahan lain pada GWM Tank 500 ialah ketidakberkesanannya sistem AEB semasa kenderaan lain menukar lorong ke arahnya. Namun, ia berfungsi dengan baik semasa mengelakkan perlanggaran secara berdepan dalam perjalanan lurus. 


Diperkenalkan pertama kali pada tahun 2021 sebelum memasuki fasa pengeluaran pada tahun 2022, Tank 500 merupakan salah satu tawaran tertinggi daripada GWM. Buat masa ini, Tank 500 ditawarkan di Thailand, Indonesia dan Australia dengan pilihan kuasa hibrid petrol turbo 4 silinder 2.0 liter.


Caricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-9.JPGCaricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-10.JPGCaricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-18.JPGCaricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-25.JPGCaricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-19.JPGCaricarz-GWM-Tank-300-MediaPreview-4.JPG


Tidak mustahil Tank 500 akan diperkenalkan di Malaysia sekiranya Tank 300 laku keras. 


Tidak mustahil ia akan dibawa masuk ke pasaran kita dalam masa yang terdekat, namun ini bergantung kepada penerimaan model ‘adiknya’ yang lebih kecil, Tank 300. Model tersebut baru-baru ini dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang mana tempahan awalnya juga mula dibuka untuk pasaran Malaysia.


Walaupun harga tentatif SUV off-road itu mencecah RM250,000, model tersebut telah mengumpulkan sejumlah 150 tempahan di MAS 2024. Tank 300 dijangka akan dilancarkan secara rasmi oleh GWM Malaysia menjelang akhir tahun ini, kemungkinan dalam suku ketiga (Q3).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQK8380

SELANGOR

BSM2736

JOHOR

JYQ8976

PULAU PINANG

PRY3835

PERAK

APE8874

PAHANG

CFF1466

KEDAH

KGE2061

NEGERI SEMBILAN

NEJ4489

KOTA KINABALU

SJQ1563

KUCHING

QAB1884N

Terakhir Kemas Kini 02 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-05-2025
Kereta Baru

15-04-2025
Pandu Uji

20-01-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

BMW iX3L Neue Klasse: SUV Elektrik 'LWB' Bakal Gegar Pasaran, Malaysia Dalam Radar?

BMW nampaknya tidak menunggu lama untuk melebarkan penguasaan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

22-01-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.